K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Wednesday, September 18, 2013

Strategy dlm breastfeeding ala SAYA

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya ni mmg suka kongsi kisah dan gambar yg related to breastfeeding. Haha kasik can la kan its not something that you can experience through out your  life. Niat saya moga perkongsian saya ni menjadi inspirasi rakan-rakan dan sedikit sebanyak dpt mmbantu mereka mengharungi breastfeeding journey.

Terus terang saya katakan pengalaman menyusu kesemua anak-anak saya (ecehhh bunyik mcm ramai sangat haha 3org ja pun :p ) sebenarnya byk mengajar saya terutama dlm pengurusan masa. Pergh!! Bunyi macam serious tuu keke. Dan saya bukanlah tergolong dalam golongan susu yg meriah mewah melimpah ruah. Sekadar cukup memenuhi demand anak-anak saya sahaja.


Sudah-sudahla tu mengomel. Meh saya cita macamana saya boleh kumpul stok yg OK laaa takla banyak sangat pun tapi bolehlaaa hehe. Rasanya dah 150packs sewaktu entry ini ditulis.


Strategy penyusuan Rozy
1- saya mind set kan otak saya yg susu saya CUKUP. Sgt penting tu. never ever doubt your ability to produce enough milk for your baby.
2- saya cuba untuk pam 5kali sehari. Jadual saya 2pagi, 6.30pg, 10pg, 2ptg dan 4.30 ptg. Hahahah rajinkan? :p Namun kerja saya sebagai jurutera kilang yg kelam kabut kadang tak cukup tanah ni mmg agak sukar untuk konsisten but i try la kann.

3- okeh, meh nak cita camna saya buat tuk dapatkan susu yg OK la waktu pam pukul 2pg dan 6.30pg. Bila bersama baby, saya akan menyusu selang seli cik B. kiri, kanan, kiri, kanan. Tetapi starting pukul 10mlm, saya akan bg kiri sahaja. Saya biarkan cik B kanan penuh. Baby akan jd lebih kerap nyusu tapi kita layan jalah. Stimulation yg bagus tu. saya akan terus buat camtu hingga pumping session pukul 6.30pg yg normally akan tandem dengan baby. Biasanya baby time mlm, nyusu sikit sahaja. So by the time pumping session, saya pam cik B yg penuh sahaja. At least saya boleh dapat sebotol.

4- setiap hari terakhir bekerja dalam satu minggu, saya akan simpan SEMUA susu perahan dalam deep freezer. So, bila chilled milk takdak, saya terpaksa make sure saya buat pam sesi 2pg dan 6pg. Utk cuti sabtu dan ahad, normally saya dapat perah 4.5botol (4kali pumping session). Saya dah ckpkan susu saya tidaklah byk sangat. Hari Isnin saya bekalkan 2 frozen dan 4 fresh milk. Hari hari lain 1frozen 5fresh. Hafiy nyusu 5botol sehari dgn 3.5oz setiap feeding.


Saya lay flat liner untuk jimat space



Tengoklah.. Kadang-kadang byk ni ja dpt masa pumping malam. Apa pun syukur Alhamdulillah. Ohh saya suka betul biskut tu.. Sedap. Sambil pam, sambil mengunyah.

5- Anggap its an achievement if dpt kumpul stok yg secukupnya utk baby.

6- Makan minum jangan skip mesti cukup..dan makan jaa makanan yg buat kita happy happy.(part yg saya paling sukaaaaaaaaa)

7- last tapi yg paling utama, mohon pada Allah moga dimurahkan rezeki.

Okeh itu ja dulu, if teringat apa2 lg, sapa tambah.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, September 12, 2013

HappilyHafiy

Anak syurga saya
Chenta hati saya
Anugerah Allah buat kami sekeluarga


Pesan buat abang dan kakak, 
Jaga adik baik baik naaa bila ummi dan abah tiada nanti ya


Sayang kamu semua!

Ummi

Wednesday, September 4, 2013

Art work mesin baru weeeeeeeeeeeeeeee....

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mesin baru Annarozy Homemade Kids Couture dah mula beroperasi dengan jayanya.
Syukur Alhamdulillah dengan keputusan bijak yg dibuat untuk invest ke mesin baru..... ewaaahhhh!
Mesin ni lagi laju, design boleh buat besar sikit dari mesin sekarang...dan yg bestnyaa lebih kemas dan lajuuuuuuuuuuuuuuuuu.....
Plan kami menghadkan penggunaan mesin PE770 ni untuk adult towel dan ekhemmm... new projek yg saya tengah rangka ini...
Doakan kejayaan kami ya...
Towel towel ni untuk Puan Asma Yusuf yg sanggup tunggu sampai mesin baru tiba.
Sulam adult towel dengan mesin ini dan design yg lebih besar barulah sesuaikan.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...