Alhamdulillah....setelah hampir 2 minggu saya dan suami saya potty train Husna di rumah, akhirnya telah membuahkan hasil. Kelmarin, saya berpesan pada teacher nursery Husna untuk observe dia di nursery. Syukur sangat bila saya pick up, teacher cakap tiada 'accident' langsung berlaku. Husna sudah boleh inform pada teacher kalau dia nak kencing atau berak. Cuma situasinyaaa seperti yang saya sudah sedia maklum, mesti ada adegan lari-lari menuju ke toilet macam emergency sangat bunyinya. :p
Darling Husna yang dah potty trained. Gambaq yang blur ehsan dari photog Hadiff Raef :p
Memang macam-macam tips and tricks kita boleh dapat dari internet.
Tetapi apa pun kita kena tengok dahulu samada anak kita sudah bersedia atau belum.
Pada pendapat saya, dari umur 2 tahun setengah, anda sudah boleh mulakan potty training. Malah ada yg mulakannya seawal setahun lebih, lagi awal lagi bagus..bergantung kepada keaadaan mental penjaga juga (kena banyak bersabar yaa kawan-kawan). :)
Ini cara saya:-
1- Husna memang verangan nak jadik 'pink pincess' aka pink princess. Maka galakkan yang saya selalu cakap adalah "Kalau nak jadi pink princess, kenalaaa kencing kat toilet. Princess tak kencing dalam pampes". Ohhh memang menjadi sungguh!
2- Dari awal lagi sejak Hadiff dan Husna tahu yang dalam perut Ummi ada baby,mereka selalu bertanya bila baby nak keluaq..especially si Husna ni lah.. Dan saya akan jawap "Bila abang Hadiff dah besaq dan Husna dah tak pakai pampes". So ayat itulah yang selalu saya remind Husna.."kalau nak baby keluaq, Husna nak jadi kakak, tak boleh dah pakai pampes" Satu lagi motivasi yang sangat menjadi.
3- Setiap sejam, saya dan suami akan tanya "Husna nak kencing? jom pi kencing" Hatta dia kata taknak pun saya tetap tarik dia ke dalam toilet. Kalau dia insist taknak, saya akan mencangkung bersama-sama dan cakap "Jom kencing sama-sama. Sapa kencing dulu dia menang" Of course lah Husna yang menang sebab ummi dia sekadar berlakon :p.
4- Bila Husna berjaya kencing, kami sama-sama anggap yang itu adalah satu kejayaan yang patut dibanggakan... Kami tepuk tangan dan puji (puji yg agak melampau lampau jugak ni sebenaqnyaa...heheheh). Perkataan PANDAIIII adalah perkataan yang biasa didengari di rumah ini.
5- Saya belikan panties yang cantik cantik (wajib ada riben!) dan cakap.."Dah besaq, dah jadik kakak, dah tak pakai pampes...kenalah pakai mender (panties)" Memang Husna cukup berbangga.
6- Tipulah kalau saya kata Husna tak pernah "accident". Tipulah kalau saya kata saya tak stress.. Stress weyyyy.... tapi kenalaaa mental well prepared yg acident ni mmg expected laa dan mop juga in ready mode always. Ala-ala militan tu adalaa jugak sekali sekala. Ohh sila simpan semua carpet g cantik cantik tu ya.
Itulah cara saya potty train Husna.. Tapi malam Husna tetaplaa kena pakai pampes waktu tidoq... banjir nanti..hehehhehe
Sekian saja dari saya!! :)