K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Saturday, October 26, 2013

Birthday CharmingH@diff dan DarlingHusn@

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Cerita basi sebenarnya.. Dah dekat sebulan dah. Sambut birthday hadiff dan husna di Kindegarden depa. Simple tapi best sangat. Simple sebab kami cuma sediakan 2biji kek, bihun goreng yg simple dan goodies bags. Tapi melihat excitement kawan2 depa ni.. Mmg mengcuitkan!

Kenapa combine?
Asalnya nak sambut betul2 pada birth day depa, tp masa 1/7 hadiff dan baby kena demam campak. Dah alang2 postpone birthday Husna, combine ja lah. Seppp!! Hahaha!

Jom layan gambaq (post via iphone maka tiadalah watermark huhuhu)

Start dgn preparation goodies bag. Budak 2 org ni mmg excited, siap request mcm2 tuu..

Ni sesi bungkus kismis, nak beli cap ligo tu bapak mahainya.. Maka idea abah, beli timbang saja. Bijak!


Pastu sesi letak buah epal lak.


Inilah brg yg kami letak. Strictly no jajan! Wafer tu aci la kan.. Kunonnya nak buat benchmark kat parents. Toksahlah bg jajan entah hapa-hapa.. Stress mak! (Tapi rupanya tiada kesan.. Tetaplaa dpt jajan lepas tu)

HARI KEJADIAN
Kek mmg by request.
Hadiff- mau kek transformer mesti ada gambaq Bumblebee dan kawan-kawan. Icing kaler putih.

Husna- nak kek princess dgn icing kaler pink

Outcome
Gambaq did not meet their expection sbb kecik. Dan ada bumblebee ja, kawan-kawan takdak. Princess ada satu ja. Tapi kek mmg sedap!!!


Get ready nak mkn.





Sesi nyanyi dan potong.. Malu2 kucing pulak. 

Part best adalah makan.. Mmg berselera tgk budak budak ni makan. Tambah bihun byk kali. Laku sungguh bihun abah goreng.


Pastu Hadiff dan husna distribute goodies bags.


Ohh seronok sgt!
Next year nak buat lagi camni.
Terima kasih teachers di smart reader kids kepala batas. It was a really fun celebration!

Tuesday, October 15, 2013

Drawstring bag for adhoc bag swal

Assalammualaikum and Selamat Sejahtera

I made this drawstring bag for a bag swap among my dearest friends that share same hobby, apa lagi sewing lah.
Tutorial kat SINI.


The bag made with Tanya Whelan combo.

Review of the pattern
1: simple and easy to follow/do.
2: size of the bag is nice to keep small purse and things. 

I'm planning to enlarge the size to keep my telekung with waterproof lining.

Note:
Will include the link to tutorial once i'm on laptop.

Ciao!

Ohh selamat hari raya aidil adha!

Thursday, October 10, 2013

AnnarozyHKC now a registered company!!

Assalammualiakum and Selamat Sejahtera,

Ewaahh!! Sounds like a multimillionaire company haahah!
Syukur, finally we had it registered.
Now, the company is bound under certain regulation.
Kenalah polish sikit how we do bisne
s.
The first thing is
1- a new stamp with the registeration number
aaaaaaaaaaand
2- receipt. yeap, tak pernah bg resit pun so far..huhuhuuh

Wish us all the best ya!

Thank you!!



Monday, October 7, 2013

Tumbler Holders for 2 kanak2 riang :D

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rasa mcm dah lama dah tak pos pasal aktiviti menjahit saya.
Ya, saya masih lagi menjahit walau agak slow sikit.
Menjahit pun banyak projek personal, untuk anak-anak sahaja.
Kali ni saya share hasil jahitan saya terbaru, tumbler holder.
Sudah lama budak dua org ni minta tumbler baru, tapi Ummi depa yang buat tak tahu.
Mana tidaknya, tumbler hanya boleh bertahan seminggu dua sahaja, lepas tu sudah tak diperdulikan.
Kali ini saya nekad beli tumbler yang tiada gambar Thomas, Cars, Chuggington atau Barbie, Princess whatsoever. Muncung jugak awal-awal tu.
Husna tetap pujuk saya belikan tumbler Princess.
Tapi saya tidak pedulikan..

Jadik..nak senang (dan kreatif laa kan.. dan cheapskate mama :p), saya jahit tumbler holder..
senang sangat cara jahitnyaa..


Okeh si Princess saya berpuas hati dengan beg kecik princes dia..

Abang Hadiff pun OK! Passed!

Budak2 puas hati.. Alhamdulillah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...