Lama tak update pasal anak-anak..
takdak apa pun..mereka sihat sihat sahaja.
Hari ni nak cerita pasal Husna lah..nanti bila Husna dah besaq, biar dia tergelak2 baca posting ummi dia ni..hehehe
Husna dah almost 2 years dah.. 1 tahun 9 bulan to be exact.
Milestone Husna lani
1- Saaaaaaaangat suka cium pipi orang. Tiba-tiba ja dia datang dan cium pipi. Never fail to bright up my day. Saya selalu buli Husna "Nak lagi" pas cium "nak lagi" pas cium " nak lagi".. Pastu saya suruh Husna cium Abah dan Hadiff.. Abah suka tarik t-shirt tutup muka..mesti Husna marah..Hadiff mcm biasa..tak suka dicium..mulalah lari menyelamatkan diri.
2- Husna still thinks that she owns everything and everyone in the house. Kalau tak dapat, confirm menangis.
3- Hobi Husna adalah menangis sebab buleh kata setiap setengah jam, adalaaa apa-apa yg dia tak puas hati.
4- Husna juga suka menyanyi... tapi kami belum boleh memahami lirik lagu yang dinyanyikan.
5- Masih tidak boleh menerima susu tepung dengan sepenuh hati..dan ekhem masih mencari nenen.
6- Best friend Husna adalah Mimie the minnie mouse.
7- Husna suka berada dalam sewing room, suka belek belek mesin jahit saya..suka belek kain-kain saya.
8- Juga suka sarung medal dan pakai berjalan-jalan.. bila kita sarung ke kepala dia..dengan pantas dia akan kata "yeay!!!" kunon macam dia la yang menang.
9- Suuka sangat ikut abang Hadiff... apa yg abang buat, Husna pun nak buat jugak.
Apapun..ni laaa penceria saya setiap hari...Husna dan Hadiff. They make me feel complete :)
Itu saja lah dulu cerita Husna.
Nanti saya update pasal Hadiff pulak.