K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Wednesday, September 12, 2012

A shirt, a dress dan nikah Emy

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas, favourite pakcik Hadiff dan Husna bernikah dengan tunang kesayangannya.
Orang lain yg kawin, org lain yg sibuk juga.
Since Emy tiada sedara perempuan dan makcik saya pun dah tak berapa sihat, maka kami-kami sepupu ni menyibukkan diri jugaklaa..siapkan hantaran (alamak!! lupa nak amik gambaq).
Saya juga sibuk sibukkan diri jahit baju untuk hadiff dan husna.

Ini pertama kali saya jahitkan kemeja untuk Hadiff, walaupun agak sukar jugak nak sambungkan bahagian kolar ke badan baju, tapi ok jugak end resultnya.
Kemeja Hadiff saya jahitkan dengan kain Thomas and Friends, character kartun ketapi kesukaan Hadiff.
Bangga sungguh Hadiff dapat pakai baju Thomas, senyum memanjang bila org tegur.
Dan saya mestila kembang kucup..hahahahha

 Mana boleh abang seorang ja dapat baju baru kan..adik pun nak jugak.. so another Huasna dress untuk little missy Husna. Saya purposely pilih kain pink ni atas dua sebab. Sebab pertama nak samakan dengan baju kurung saya yg coraknya sama cuma warna berbeza.. Kedua, Husna sekarang suka betul dengan rama-rama (or at least tgk koleksi kain rama-rama saya). Sangat sesuai fabrik ini.


 Hmm..bila kita suh dia senyum, inilah senyuman plastik Husna :p

 matching tak dengan baju saya? hehehehhe

Semoga Emy bahagia hingga ke anak cucu cicit ya.

Hujung minggu ni kenduri pulak..mulalah saya berfikir-fikir nak jahit dress pattern yg mana satu untuk Husna. Hadiff akan pakai kemeja spiderman pulak kali ni.

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

cantik nyer!

Alviana said...

Both dress & shirt are so cute!! Nice choice of print for them :)

Rozy said...

Thank you Izwa!

Thank you Alviana!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...