K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Monday, April 1, 2013

MaCaM2 cErITeRa :p

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Wahhh dah lebih dari sebulan saya biaqkan blog ni bersawang.. sebenarnya macam2 nak cerita.. buat tinggalan anak cucu baca di kemudian hari..tapi serius.. saya dan keluarga tersaaaaaaaaaaaangatlaaaah sibuk sejak akhir-akhir ni.

Sambutan birthday abah, kami buat di coffee house Hotel Park Royal Penang.. memang buffet lunch dia disitu adalah favourite Mr Abah. Tapi sebenaqnya yg kena entertain lebih2 ni budak dua orang tu jaa :p

Persediaan menyambut ahli baru dalam keluarga memang agak rilek dan simple2 saja... saya masih lagi aktif dan sibuk bekerja dengan satu projek besar dimana satu product baru akan di-launch awal tahun depan. Tentang Annarozy Homemade Kids Couture, kalau anda mengikuti perkembangannya di facebook, memang very obvious yg aktiviti menjahit saya agak slow.. tapi aktiviti menyulam agak rancak. Mr Abah sangat bersungguh-sungguh dan saya tersangat happy melihat order yg masuk saban hari. Alhamdulillah..adalah duit lebih sikit buat kami melancong bila ada kelapangan nanti.

Cukuplah dulu buat setakat ni. Saya akhiri dengan gambaq Hadiff dan Husna masa lawatan ke dentist semalam. Saya sangat berbangga dengan budak dua org ni yg tak takut bila dentist check gigi. Saya nak terapkan pada mereka yg dentist tu bukannya makan orang...hehehhe (ohh saya saaaaangat takut pada doktor gigi masa kecik kecik dulu..huhuhuh)



Sekian dulu

Ciao!
Rozy

1 comment:

Mila@Rimbun said...

wahh good boy n good girl yer husna n hadif.

Kakak Izzah pun x takut dentist, dia plak yoyo nak g dentist bila gigi dah goyang, tak larat nak layan membayornyer jer, cabut gigi yg dah goyang terbang RM40 huhuhuh... but now dia dah pandai, tunggu sampai tercabut sendiri hihi, lebih jimat katanya hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...