K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Friday, August 16, 2013

Product Review: Snoozaboo Baby Sleep bag

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru-baru ini salah seorang Facebook friend menghubungi saya nak suruh saya 'drive test' dan bagi review one of the product yg company dia jual, baby sleep bag (bag tidur bayi) SNOOZABOO. OK, saya tak pernah dengar pun pasal kewujudan beg ini (selain dari sleeping bag yang saya guna masa aktif mendaki gunung suatu ketika dahulu). So why not give it a try la kan...

First impression masa dapat tu, waahhhhhhh.... kemasnya jahitan dan applique pada bag tidur yang saya terima tu ( heheheh biasalaaa since saya ni part time tukang jahit dan part time tukang sulam) of course lah benda tu yg saya tengok dulu kan...  Ohh beg tidur ini ada dua pilihan mengikut tahap kepanasan bilik bayi. 0.5 tog sesuai untuk bilik tiada penghawa dingin atau untuk tidur petang manakala 1.0tog dengan ketebalan sederhana sesuai untuk bilik dengan penghawa dingin.  Saya memilih 0.5tog, ketebalan yg sesuai dengan keadaan rumah saya yang tiada penghawa dingin dan sedikit panas.


Nak tahu review saya? BEST SANGAT!

Beg tidur ni panjaaaaaaaaaang, very roomy... tengoklah ruang dalam beg tidur berbanding kepanjangan baby Hafiy. Hehehehe, kita tengok pun boleh tahu keselesaannya. Bukaannya juga luas dengan zip yang mudah ditarik.So, nak letak Hafiy dalam tu tersangatlah mudahnya.

Panjang kan?


Hafiy posing dengan beg tidur bayi Snoozaboo

Beg tidur bayi ni acts as selimut laa.. cuma kalau selimut tu memang agak adventure nak guna dengan budak tidur buas (read:lasak) ni..sure sekejap jaaa dah di tendang ke mana. Selama ni pun saya perasan, Hafiy tak suka tidur berselimut sama la jugak dengan abang Hadiff dan kakak Husna.. Tapi dengan beg selimut ni mmg selesa jaa nampak.. Tak caya? Tengoklaa kat bawah tu..hehehhe.. Lentok baeeeeekkkk punya. :D




Personally bagi saya, beg tidur ini lebih selamat digunakan pada bayi jika dibandingkan dengan selimut biasa. Less suffocation risk. Jangan tak tahu beg tidur bayi Snoozaboo ni comply with British Standard BS 8510:2009. Pergh!! I don't even know such standard exist!! Baguskan....

Cara nak basuh? Campak sahaja di dalam mesin basuh..hehhehe

Jika anda nak tahu lebih banyak tentang produk ini..silalah ke website SNOOZABOO di www.snoozaboo.com.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...