K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Friday, August 16, 2013

SeLaMaT HaRi RaYa dari R.U.M.A.H.K.A.M.I


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Macamana ya sambutan hari raya kawan2 semua?
Kami macam biasa jaa... almaklumlaahh parents both side dah tiada.
Cuma beza kali ni, awal pagi sudah tiada kunjungan ke open house Pak Lah, mantan Perdana Menteri kita... waahh terasa jugak... Nampaknya pengganti Pak Lah Reezal Merican tak merancang rumah terbuka apda hari raya pertama... sedih..sedih.... (sedih sebab takdak makan free la tu...kukuikui)



 Kali ni..setelah sudah bertahun tahun kami tak pernah bertema-tema baju sedondon dengan abah, kami pilih hijaaaaaaaaaaaaaaaaaaauuu... macam tak percaya lak bila abah siap bersamping bagai..sebab dulu Mr Abah kata, pakai samping untuk kawin ja... sabaq ja lah... syoq pulak bila bertema-tema ni... (saya dah mula pikiaq nak tema apa pulak next year.. pergh!!! tersangatlah awainyaaaa...)


 
 Dua orang chenta hati saya...



Nah amik kauuu... amik gambaq dekat bendang Abang sebelum padi dituai (Abang (abang Mr Abah) dah kaya...bila nak berlanja kami makan ni? seperti kebiasaan bila dapat duit padi)


Hari kedua kami bergerak ke Perlis, berjumpa mak-mak dan pak-pak saudara.. ada yg dah berbelas2 tahun tak jumpa tu.. Best sangat..rasa mcm nak pecah rumah Mak Ndak.. semua ceruk ada org bergossip..heheheh Dan of course berjumpa dengan tok tercinta.

Umur nenda saya sudah 89tahun.. masih sihat cuma biasalah tang mata dan telinga tu kurang dah sikit. Semoga tahun depan, kami masih boleh sambut hari raya dengan tok lagi... sayaaaaaang sangat kat tok.

Haa..satu lagi aktiviti kami.. 4 malam asik makan satay saja..dah jadik mcm makanan ruji pulak... barbeque setiap malam... Ni kakak saya yang memang sempoyy..


Itu ja lah sambutan tahun ini... syukur Alhamdulillah dapat berjumpa dengan keluarga jauh dan dekat.. dengan kawan-kawan belum lagi berkesempatan.. Esok pulak plannya ada pot luck style open house di Bertam.

Kawan2 camna pulak? Best tak? Mesti best kan......

SELAMAT HARI RAYA dari Rozy, Ary, Hadiff, Husna dan Hafiy!

:)

3 comments:

Mila@Rimbun said...

meriahnyer raya... cantiklah tema hijau ni.. bolehlah masuk list warna pilihan untuk tahun depan hihi

Salam aidilfitri buat rozy n family

Unknown said...

selamat hari raya dan salam kenal.. ila follow sini =)

Fiza Rahman said...

Salam aidilfitri rozy. Comelnya anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...