Since saya dapat tag nih dari Hanim, dan ada contest yg best related to this tag... me definitely do not want to miss this great chance..bestnya kalau dapat sunglass baru kan...dapat diskaun frame pun tersangatlaa bestnya..
Untuk join contest ini... me must..
- Buat satu entry dan dalam entry itu, jawab soalan2 yang Dayah reka. Saya hanya ubah sikit2 untuk menguji kefahaman anda.
- Tagkan ia kepada berapa orang pun...tak kisah. Cuma tolong nyatakan, SAYA DI TAG OLEH......... (saya akan usahakan sunglass percuma juga untuk perujuk teramai cuma belum difikirkan yang mana satu jenamanya)
- Jika anda telah buat entry dengan soalan2 itu, sila letakkan permalink anda di Uwaiys Optometrist sahaja. Tanpa permalink, anda akan terlepas tawaran hebat ini.
- Sila copy paste keseluruhan entry ini ke dalam entry penyertaan anda.
- Tarikh akhir tag ini untuk sesi pertama adalah 28 Feb 2010.
Saya ditag oleh Hanim
1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
Saya mula berkaca mata ketika di tingkatan satu. Namun pada permulaannya saya hanya suka-suka memakai cermin mata kakak saya. Saya masih ingat bingkai plastik berwarna pink dan bersaiz besar. Apabila terdedah dengan cahaya matahari, cermin mata tersebut berubah ke warna hitam. Wahhh umpama artis memakai cermin mata hitam ketika itu. Walaupun mata saya sememangnya ada sedikit rabun, tetapi power cermin mata kakak saya adalah lebih tinggi dan menyebabkan saya sedikit pening. Tapi saya terus memakainya sebab saya rasa saya kelihatan cantik dan bijak.
2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
Saya mula yakin yang mata saya rabun apabila saya tidak dapat membaca dengan jelas apa yang ditulis oleh guru di papan hitam. Ditambah dengan hobi saya membaca buku cerita dengan sedikit cahaya tempias dari lampu koridor (bilik asrama sudah padamkan lampu).
3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
Sewaktu saya mula berkaca mata dengan cermin mata saya sendiri, power ketika itu adalah 50-50.
4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Bingkai besi berwarna merah gelap dengan cermin kaca yang hanya bertahan selama seminggu. Cermin mata saya pecah kerana terjatuh dari katil atas. Akibatnya, saya terpaksa belajar tanpa cermin mata selama sebulan kerana takut hendak beritahu ayah. Risaulaa takut kena marah.
5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
Bingkai plastik berwarna hitam dengan cermin plastik yang tebal yang dibeli dengan harga yang sangat murah. Saya ingat lagi saya masuk ke dalam sebuah kedai optometry di Kamunting dan berkata “saya nak beli cermin mata yang paling murah sebab saya pakai contact lense. Cermin mata hanya akan dipakai sebelum tidur sahaja”. Oleh itu cermin mata saya hanya berharga RM100 sahaja.
6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
Power contact lense saya sekarang adalah 525 kedua2 belah mata. Power cermin mata, saya tak tahu.
7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
Anggaran sepuluh, kekerapan menukar cermin mata bergantung kepada bajet dan juga keaktifan saya bersukan (waktu musim sukan cermin mata saya selalu patah).
8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
Cermin mata membuatkan keluasan penglihatan saya terbatas dengan bingkai.
9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Saya lebih menggemari contact lense kerana:-
a- Saya tidak perlu membuka cermin mata ketika mandi di bilik air atau di luar.
b- Jika memakai cermin mata bila keluar dari bas berhawa dingin, cermin akan berwap menyebabkan saya terpaksa membuka cermin mata dan mengelapnya.
c- Saya seorang yang sangat aktif memanjat gunung, jika memakai cermin mata saya perlu berhati-hati takut cermin mata terjatuh (seperti rakan saya yang cermin matanya hanyut di sungai gunung tahan menyebabkan dia terpaksa dipimpin sehingga tamat ekspedisi) tetapi dengan contact lense kita boleh membawa spare sebanyak yang mungkin (tak guna ruang yang banyak).
d- cermin mata memerlukan penjagaan dan pengawasan yang lebih takut dipijak orang terutamanya dengan anak kecil yang mengganggap cermin mata sesuatu yang sangat menarik untuk dijadikan permainan.
e- Semasa saya bersekolah dahulu, cermin mata saya selalu bengkok akibat terkena bola.
f- saya pernah terpaksa berlawan silat dalam kerabunan (dahla lawan saya gelap gulita) di dalam gelanggang silat yang suram kerana cermin mata tidak dibenarkan dipakai atas sebab2 keselamatan.
g- Peluh pada hidung yang berkumpul pada cermin mata menyebabjan terjadinya fungus (kehijauan) pada cermin mata dan menyebabkan hidung saya gatal-gatal dan tidak selesa.
h- Gambar yang diambil dengan memakai cermin mata menghasilkan reflection menyebabkan gambar tidak cantik.
i- dengan memakai contact lense saya nampak lebih muda, bak kata rakan saya bila nampak saya memakai cermin mata, saya kelihatan seperti nenek!
10. Optometrist pilihan anda?
Saya tidak ada optometrist pilihan. Saya membeli di kedai yang boleh menawarkan harga contact lense yang paling murah. Buat masa sekarang sebuah kedai di Econsave di Parit Buntar yang menjual Softlense dengan harga RM45 tuk 3 pasang, murahkann…kalau ada yang lagi murah harap beritahu saya naa..
11. Pasangan anda berkaca mata ?
Tidak dan dia sangat berbangga dengan matanya yang sihat dan normal itu. Hakikatnya saya cakap dia sebenarnya malas baca buku dulu.
Kasihan. Walaupun kanak-kanak kelihatan lebih comel dan bijak dengan memakai cermin mata, hakikatnya saya tahu bertapa sukarnya hidup mereka berbanding rakan yang tidak memakai cermin mata..
Nota untuk organizer:-
Pijah, Rozy xtau nak tag sapa.. sebab xtau sapa yg pakai spek, kebanyakkan org pakai contact lense so susah nak tau...
1 comment:
tingginya power Rozy..tu la..bila org pakai lens..kita taktau pun org tu rabun sebenarnya..
Post a Comment