K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Saturday, December 8, 2012

Natibaby grey white tulips :)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

OK, I admit it! Sudah kena balik babywearing bug. It has been a while I left this craziness..I guess once Husna started to "Nak alan...nak alan...". Having a new bun in the oven, I just accept the fact that the craziness has begun :p.

This is my very first babywearing gear that I bought for the yet to born new squishy. Note that I don't even know the gender of the baby yet.. So I guess the colour selection is more gender neutral though I don't mind using a pinkish baby carrier eventhough my wearee may be a boy...ngeeeeeeeeeeeeee..

I bought a natibaby grey white tulips.. not sure why I bought this wrap, I guess because I was lured by the 25% discount..haizzzz... This is a linen cotton blend wrap, 50:50 to be exact! Not even a newborn wrap! But I like the doodles on the wrap.. it looks fresh aaaaaaaaandd hmmm modern? :p



 Since this is a new wrap, it needs a lot of brutality and abuse to break the weave and make it softer. And since my squishy is still waaaaaayyy lambat lagi nak keluar, I sent this wrap to my fellow babywearer for her to use it. Nanti dah dapat balik kat saya, sure dah lembut gemalai... best!

I am still searching for a gauze wrap... gauze wrap is a must for me. It is a superb newborn wrap due to its airiness and thin. Found back my gauze wrap, third mama having it but alamak...mcm she is not willing to let it go saja...huhuhuhu

Okie then, that is all for now. Hope I don't spent too much on babywearing gear...huhu but hmm.... it just happen one at a time.. now no more nafsu to buy designer cotton..aiyark! but babywearing bug is more costly! Abisslaaaa.....

Wednesday, November 28, 2012

My Darling Husna dah potty trained! yeay!!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah....setelah hampir 2 minggu saya dan suami saya potty train Husna di rumah, akhirnya telah membuahkan hasil. Kelmarin, saya berpesan pada teacher nursery Husna untuk observe dia di nursery. Syukur sangat bila saya pick up, teacher cakap tiada 'accident' langsung berlaku. Husna sudah boleh inform pada teacher kalau dia nak kencing atau berak. Cuma situasinyaaa seperti yang saya sudah sedia maklum, mesti ada adegan lari-lari menuju ke toilet macam emergency sangat bunyinya. :p

Darling Husna yang dah potty trained. Gambaq yang blur ehsan dari photog Hadiff Raef :p

Ramai yang bertanya, bagaimana saya potty train Husna. Husna baru mencecah umur 2 tahun 5 bulan.
Memang macam-macam tips and tricks kita boleh dapat dari internet.
Tetapi apa pun kita kena tengok dahulu samada anak kita sudah bersedia atau belum.
Pada pendapat saya,  dari umur 2 tahun setengah, anda sudah boleh mulakan potty training. Malah ada yg mulakannya seawal setahun lebih, lagi awal lagi bagus..bergantung kepada keaadaan mental penjaga juga (kena banyak bersabar yaa kawan-kawan). :)

Ini cara saya:-
1- Husna memang verangan nak jadik 'pink pincess' aka pink princess. Maka galakkan yang saya selalu cakap adalah "Kalau nak jadi pink princess, kenalaaa kencing kat toilet. Princess tak kencing dalam pampes". Ohhh memang menjadi sungguh!

2- Dari awal lagi sejak  Hadiff dan Husna tahu yang dalam perut Ummi ada baby,mereka selalu bertanya bila baby nak keluaq..especially si Husna ni lah.. Dan saya akan jawap "Bila abang Hadiff dah besaq dan Husna dah tak pakai pampes". So ayat itulah yang selalu saya remind Husna.."kalau nak baby keluaq, Husna nak jadi kakak, tak boleh dah pakai pampes" Satu lagi motivasi yang sangat menjadi.

3- Setiap sejam, saya dan suami akan tanya "Husna nak kencing? jom pi kencing" Hatta dia kata taknak pun saya tetap tarik dia ke dalam toilet. Kalau dia insist taknak, saya akan mencangkung bersama-sama dan cakap "Jom kencing sama-sama. Sapa kencing dulu dia menang" Of course lah Husna yang menang sebab ummi dia sekadar berlakon :p.

4- Bila Husna berjaya kencing, kami sama-sama anggap yang itu adalah satu kejayaan yang patut dibanggakan... Kami tepuk tangan dan puji (puji yg agak melampau lampau jugak ni sebenaqnyaa...heheheh). Perkataan PANDAIIII adalah perkataan yang biasa didengari di rumah ini.

5- Saya belikan panties yang cantik cantik (wajib ada riben!) dan cakap.."Dah besaq, dah jadik kakak, dah tak pakai pampes...kenalah pakai mender (panties)" Memang Husna cukup berbangga.

6- Tipulah kalau saya kata Husna tak pernah "accident". Tipulah kalau saya kata saya tak stress.. Stress weyyyy.... tapi kenalaaa mental well prepared yg acident ni mmg expected laa  dan mop juga in ready mode always. Ala-ala militan tu adalaa jugak sekali sekala. Ohh sila simpan semua carpet g cantik cantik tu ya.

Itulah cara saya potty train Husna.. Tapi malam Husna tetaplaa kena pakai pampes waktu tidoq... banjir nanti..hehehhehe

Sekian saja dari saya!! :)

Nuffnang? Erk tak percaya!!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Amboihh!! macam tak pecaya pulak dah.....
Betul ni.... saja ja tadi saya saja check berapa dah earning nuffnang yg saya dah dapat. Dulu dah pernah cash out sekali..berjanggut tunggu nak bagi lepas..ngeeeeeeeeeeeee
Ini memang dah lama betul ni saya tak check..dan saya ni dah kategori bukan blogger ketegar dah.
Bersawang memanjang blog ni..

TAPIIIIIIIIII....


Wee...gosok mata banyak kali ni.... dah naik ke rm31?!!

Terima kasih naaa... :)

Monday, November 26, 2012

Little Handmade gifts for Little Ali

Assalammualaikum and Selamat Sejahtera,

My BFF, Kus (whom I met her during my Tahan trip waaaaaayyyy back in 2005, same trip I met Mr Abah) came to Penang yesterday. I wanted to give her something, something handmade for her little angel Ali. A usual, I would refer to my ultimate reference for free tutorials in the world that named INTERNET is of course PINTEREST. Choosing what to make is not easy as my boards, now reaching 4493 pins are full of ideas. So I chose the simplest among the simple ones.

Taraaaaaa!!!! Baby bibs and pyjama pants.


Tutorial for baby bibs is HERE.
But I used a purchased pattern from seamingly  smitten for the pyjama pants but you can find free tutorials in internet such as HERE.

Okie dokie... that is all for now..

Have a nice day!!

Friday, November 16, 2012

Hasrat (ngidam) tertunai sudah :)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya sejak akhir-akhir ni asik mengidam jaaa (hehehehhehe nak buat lagu mana kan).
Tapi selera mengidam tu dasat sangat...huhuhuhu takut mak
Kalau dah sampai terbayang-bayang, memanglaa tak tertahan-tahan.
Ini semua gara-gara group underground saya yg banyak menabur racun sulam-sulaman ni.

Maka since mak pun dah tak daya nak halang dari terus teringin dan teringin..
mak terus sambarlaa sebiji kereta mesin sulam
Nasib baik ada kedai apek kat Sungai Petani tu masih offer promo price rm1999.50 (cehh lima kupang pun apek ni berkira..huhuhu)..tapi takpa la kan, since si apek ni mai hantaq dan buat demo kat rumah :)

Ni mesin saya in action buat pertama kalinya..

 Brother Innovis 950, ini ja yg termampu buat masa ni

Ini pula projek pertama saya, si kucing miang..meoww meoww...
Husna dah banayk kali suh saya tampal kat baju dia


Banyak betul kain felt yg saya beli...nantikan sellable produk pertama dari saya dengan menggunakan mesin ini.. :)

Selamat Berhujung minggu!!

Wednesday, October 24, 2012

D'amany Cottontheraphy Giveaway #5

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sudah alam tak join contest.. since nampak org share sana sini giveaway yg best ni (mau tak best dapat kain tuuuu, designer cotton lagi). Maka kena lah join.

Kain yg dipertaruhkan sebagai hadiah





cantikkan lembu-lembu ni kan...

kalau menang boleh dapat FQ bundles dari kain Robert Kaufman ni...weeeeeeeeeeeee

Kalau buat Korban, saya suka kambing...sebab SAYA SUKA MAKAN KAMBING..aiyarkkk!! boleh jadi sebab kaa? huhuhu lagipun bg option sikit la kan..ni asik lembu ja... hehehhehe


okies doakan saya menang ya..
dah lama ni tak menang contest...:)


Chowww

Friday, October 12, 2012

International Babywearing Walk 2012

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini mood nak tulis in bahasa. So bahasa lah yaaa..boleh merepek meraban sikit.
Ini kira first time ni , saya join IBW, selama 4 tahun menceburkan dan mejebakkan diri dalam dunia babywearing, ni kira first time berpeluang join. Wohooo!! best ahh macam set artist! :p
IBW kali ni buat kat Queensbay Mall pada 6/10 yg lalu.

Paling best, despite En Abah yg terlupa nak bawak memory card DSLR dia tu, we had many paparazis available to snap, snap, snap! Phewwww! Selamat!

Meh layan gambaq sat na...courtesy dari asben Jessie Chew of Baby Vibes dan Doc Irma.

 Mula-mula kita ambil gambaq dulu ya... Syukur entah angin apa si Husna tu, rela jaaa dok dalam SSC. Tapi kena front carry sebab dia nak main henpon.


Botol ayaq adalah waaajib! kalau tak jenuhlaaaaa nak ayaq..nak ayaq...



Pastu, kita jalan-jalan..bila ramai-ramai macam ni, baru boleh draw attention orang ramai..barulaa depa aware dengan kewujudan babywearing :)
 
 
 Cantikkan mei tai ni, by Snuggbaby
 Ramaikan group kami..pssttt...cantik tak beg merah yg saya pakai tu? Beg baru maka ciwi sedikit :p

 Sekali sekala Husna meragam, teringat kat Mr Abah la tu. Baru sedaq Abah takdak.

 Berhenti amik nafas dan camwhore :p Penat woo carry budak 12 kilo tu.

 Sengeh aaa nak masuk camera :D

 Berjalan seiiringan dengan babywearing advocates :)


 Perasan tak baju kami sama? Hehehhehe



Ini Dayah, comelkan mak dan anak? Dan ring sling girasol amitola yg menawan tu..(saya dah siap dibs..heheheh)
Ini lah Northern babywearers :)

Kalau nak tengok baaaaaanyak lagi gambaq yg cantik-cantik, boleh tengok di SINI, SINI, SINI dan jugak SINI ya.

Okie itu saja hari ini..

Chowww!

Friday, September 21, 2012

IBW 2012 : CARRYING ON TRADITIONS

Assalammualaikum and Selamat Sejahtera,

Weeeeeeeeeeeeee International Babywearing Week is finally here!
There will be loads of fun for malaysian babywearers.
For the start,  lets join us in a babywearing walk to show to those people out there the conveniences of babywearing (and how glam it is -despite being labelled as Indon whatsoever!)


I will be joining too at Queensbay Mall! Praying hard that Husna will allow me to babywear her (though I really doubt it hmmmmm..time for new squishy ehh)

Wednesday, September 19, 2012

Choo Choo Trip Balik Kampung

 Assalammualaikum and Selamat Sejahtera,

This is supposed to be another entry basi which I decided to jot it down so that my family and I can enjoy reading it later. The kids have been so fascinating with trains since Hadiff started to know the existence of The Chuggington and Thomas and Friends. My husband and I, we both tend to sort of enjoying and share his interest. We let him sat in the train whenever sent Angah to the railway station. We would alert him whenever we reached any railway track. We let him wait for the train to pass by Mak Jang's backyard in Kamunting. However, we never had a chance to let me ride in a train.

This was actually an adhoc plan. We did not really decide to use train to go back to Perlis visiting families. Plus Husna had a high fever the night before. However, 5 o'clock in the morning, we woke up and said to each other. LET'S GO! Both kids were asleep but we had no problem waking them up (not like normal days :p). They were both excited to know that we were up for a choo choo trip.





 We were patiently waiting for the train to arrive.

 Husna dozed off again the minute we were on board. She was really sleepy.

 Hadiff was super excited, he was walking up and down the isle.

 We went to the canteen and had sandwiches and milo. Husna was fully awake and it was her turn to enjoy the scenery outside, while Hadiff slept.

Kakak Deqda fetched us at Arau railway station and off we went to Mak Andak's house in Kuala Perlis. We were welcomed by our most loving and loved tok and my cousins. We were so grateful to meet them again during this year's raya.

OK! Now we move on to journey back home.
This time our mode of transportation is express bus. A comfortable express bus that offered us only rm10 for all of us to Alor Setar. Muurah!!

Transit at Alor Setar. Took a bus back to Sungai Petani that took a really loooooooooooooooong hours. Fuhh glad we survived the long hours without any of the kids throwing tantrums.


Husna did enjoy riding in a bus :)

That is all. We plan for another choo choo trip soon. The kids keep asking for it.

Wednesday, September 12, 2012

A shirt, a dress dan nikah Emy

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas, favourite pakcik Hadiff dan Husna bernikah dengan tunang kesayangannya.
Orang lain yg kawin, org lain yg sibuk juga.
Since Emy tiada sedara perempuan dan makcik saya pun dah tak berapa sihat, maka kami-kami sepupu ni menyibukkan diri jugaklaa..siapkan hantaran (alamak!! lupa nak amik gambaq).
Saya juga sibuk sibukkan diri jahit baju untuk hadiff dan husna.

Ini pertama kali saya jahitkan kemeja untuk Hadiff, walaupun agak sukar jugak nak sambungkan bahagian kolar ke badan baju, tapi ok jugak end resultnya.
Kemeja Hadiff saya jahitkan dengan kain Thomas and Friends, character kartun ketapi kesukaan Hadiff.
Bangga sungguh Hadiff dapat pakai baju Thomas, senyum memanjang bila org tegur.
Dan saya mestila kembang kucup..hahahahha

 Mana boleh abang seorang ja dapat baju baru kan..adik pun nak jugak.. so another Huasna dress untuk little missy Husna. Saya purposely pilih kain pink ni atas dua sebab. Sebab pertama nak samakan dengan baju kurung saya yg coraknya sama cuma warna berbeza.. Kedua, Husna sekarang suka betul dengan rama-rama (or at least tgk koleksi kain rama-rama saya). Sangat sesuai fabrik ini.


 Hmm..bila kita suh dia senyum, inilah senyuman plastik Husna :p

 matching tak dengan baju saya? hehehehhe

Semoga Emy bahagia hingga ke anak cucu cicit ya.

Hujung minggu ni kenduri pulak..mulalah saya berfikir-fikir nak jahit dress pattern yg mana satu untuk Husna. Hadiff akan pakai kemeja spiderman pulak kali ni.

Wednesday, September 5, 2012

Ohh kembali bersawang!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ohh kembali bersawang yaaa blog saya.
Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru ja saya update blog.
Heee takdak apa sangat yg special pun nak update.

Saya masih sibuk menjahit.
Tempahan yang masuk selepas raya sama banyak ja dengan sebelum raya.
Syukur Alhamdulillah...

Macam tak pecaya pulak dengan jumlah dresses yg saya dah jahit.
Banyak jugak..

Antara my favourites


Matching mommy dan dua orang anaknya yg berusia 5tahun (Sofea) dan setahun (Sarah)..Cutekan?
 

 Matching adik berusia setahun (Khaireen) dengan kakak Fatiha berusia 7tahun. Ceria sangat warna ni.
 Saya sangat suka fabrik ni. Sunny Happy Sky matching set untuk baby qaisara dan kakaknya Nina yg berusia 3 tahun.
Sepupu pun nak matching matching tau... Syaurah berusia setahun lebih dengan kakak sepupu balqis.
Ini pulak tempahan dari Zah yang dah lama kenal di alam cyber tp baru saja berpeluang berjumpa... kecik ja orgnyaa.... Zah tempah 3 dresses untuk anak daranya yg chomel tu.. Aqilah Irdina.. Siap ada entry khas untuk saya.. di SINI.

Kepada sesiapa yg berhajat untuk tempah dress dari saya..bolehlaaa melawat saya di AnnaRozy Homemade Kids Couture.https://www.facebook.com/AnnaRozyHKC

Terima kasih kerana sudi membaca ya.!

Hugs
Rozy

Tuesday, August 7, 2012

Cara mengikat sash pada dress


Raya ni sure anak-anak comel bergaya dengan dress yg cantikkan.
Dan kebanyakkan dress memang ada sash atau sebagai tali pinggang.
Ramai pelanggan saya bertanya bagaimana saya mengikat sash pada dress yg saya jahit untuk mereka.
So here it is, my very first tutorial on bagaimana mengikat removable sash. Sama ja dengan permanent sash, cuma untuk permanent sash, satu dari ekor riben tu akan jadik slightly longer.

Kalau ada apa-apa soalan, tanya ya..


Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

Hugs
Rozy
from AnnaRozy Homemade Kids Couture.

Wednesday, July 18, 2012

Banner baru AnnaRozy Homemade Kids Couture

Assalammualaikaum dan Selamat Sejahtera,

Cantik tak?
Suka sangat... thanks to Kak Ummi (founder of Ratuhati.com).. memang decision yg adhoc dan terus kak ummi buat.
Hasilnya sungguh cantik dan ceria, sesuai dengan background bisnes page saya.
Elemen-elemen dalam banner tu semuanya dari designer cotton (yang sangat saya gilai..heheh)
And si model chomel itu adalah Hana Alesya..anak Aishah.


Kawan-kawan yg belum follow page saya..sila-sila laa..
manalaa tahu kot nanti nanti nak tempah dress dengan saya ni..

AnnaRozy Homemade Kids Couture

Monday, July 9, 2012

Pesta Durian Pulau Pinang 2012



Date: 1st June ~ 31st July 2012
Location: Anjung Indah, Balik Pulau and Balik Pulau town area

Wuu best betul makan durian mahal-mahal ni...saya memang hantu durian...memang dari kecik pantang nampak durian, sure suruh abah belikan... tapi mmg beli yg murah-murah jaa..yang longgok-longgok.. bila kita takdak sesuatu benda tu mmg kita appreciate walaupun durian yg dibeli tawar dan tidak sesedap mana...

Tahun ni, Mr Abah dah janji pada diri sendiri nak makan durian mahal..yg ada NAMA katanya, UDANG MERAH, LIPAN dan entah apa-apa nama lagi yg depa bagi.

So ujung minggu yang saya ada kelas mengait (heheheh saya baru nak berlajaq mengait tawww), Mr Abah ajak pi Pesta durian... fuhh!! ramainyaaa manusia!!

Mula-mula kami makan durian gred udang merah.. Hadiff dan sepupu dia Marcella memang excited sangat tengok durian ni bila apek tu buka depan kami...


Hadiff yang super comot makan macam tak pernah jumpa durian.:p

Husna pulak memang style dia, bila makan concentrate dan tak cakap apa-apa.


 Ohh tak jadik ni kena makan cepat-cepat sambil berdiri atas kerusi!


Habis sebiji, memang tak cukup, belilaaa lagi sebiji...gred apa memang taktau, tapi meeeeeeeemaaaaaaaang sedappp!!  Rasa macam melt in the mouth!

Ini pandangan dari atas bukit tempat kami parking kereta... ramai umat manusia kat bawah canopy tu


Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat Mr Abah nak makan durian mahal..memang berbaloi sangat..
Kalau ikut nafsu mau nak tambah lagi 2-3biji..taapi haaizz sebiji dah dekat rm30..sendiri mau ingatlaaa...
Syukur sangat Hadiff dan Husna memang suka durian, memang hantu durian pun..pantang nampak.
So Mr Abah kenalaa belikan sebab anak yang mintak... ehheheehhehe..suuuuuuuukaaaaaaaaa!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...