K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Monday, February 14, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

Dah lama  tak join contest.
Bila ada contest best ni (bestt oo sebab bukan semua orang boleh join :p, hanya yg deliver baby tahun 2010 ja tawwww), terus saya mengorek-ngorek idea.
manalaa taukan kot dapat set loyang kek tu..
Saya suka baking..kalau dapat set loyang tu..memang pucuk dicita buah durian mendatanglaaa..(saya lebih suka makan durian dari makan ulam).

Ini adalah pantun 4 kerat suka suki yang secara spontan mai ke minda saya.
Tentang anak kedua saya Husna Raihannah yang dilahirkan pada 1 haribulan Julai 2010 di Hospital Kepala Batas, Seberang Prai Utara dengan berat 3.29kg.

Ini story permata kedua saya
Husna Raihannah diberi nama
1 Julai 2010 mula menata dunia
Disambut dengan penuh kesyukuran kepada-Nya.

 [Husna pada hari kelahirannya]


Cupcake diberi sebagai tanda
Tenkiu dari kami yang tak terhingga
Kepada misi yang baik-baik belaka
Menjaga Husna dengan seikhlas hati mereka

  [ Sedapp oo cupcake ni..walaupun saya tak rasa :p]

Sebulan pertama memang tidoq tak lena
Cranky dan kuat nangisla ini Husna
Mujur ada wrap penyelamat dunia
Sekurang-kurangnya Ummi masih boleh buat kerja

[Asyik meghap jaa time tu]

Abang Hadiff sangat sayang adik Husna
Tapi menan masih tak boleh kongsi bersama
Sesi tarik menarik itu biasa
Walau still kecil, jeritan Husna boleh tahan juga

[ Muka hampir sama, harap2 depa rapatlaa bila besaq nanti]

Husna membesar dengan susu Ummi
Susu yang the best Ummi beri
Moga menjadi anak berbudi pekerti
Sifat terpuji sentiasa di hati

[Hari pertama Husna makan setelah 6mth exclusive breastfeeding]

Senyuman Husna penawar hati kami
Especially balik kerja selalu tensi
Gelak tawanya menjadi penyeri
Keluarga kami yang happy happy


[Walaupun kuat meghap, Husna kuat giggle jugak]


Husna sayang, dengar cakap Ummi
Pesanan Abah juga mesti diingati
Jadilah anak yang berbakti nanti
Semoga hidup lebih diberkati

[Husna posing maut bersama sepit rambut pertama dalam hidupnya]

Salam sayang dari Husna..muuahhh!!!
Aunty Sue, ada chance tak Ummi Husna menang..Ummi nak buat kek tuk Husna nanti..

4 comments:

Fiza Rahman said...

Good luck rozy, gebus lah husna. Bday husna sama ngan iman 1 july, thn jer lain :-)

HaSue said...

Assalammualaikum pembuka kata,
Auntie dtg nak tgk Husna,
Mukanya montel rambut alahai lebatnya,
Paling comel ketika ketawa.

seronok tgk bila Husna makan,
Susu ibu terbaik mmg itu dharapkan,
slm pkenalan auntie nak ucapkan,
Untuk ibu husna yg sudi memeriahkan.

Tima kasih join GA ni n gd luck yer..*cubit pp husna skali.haa haa..gerramm!hmmp.. =)

Rozy said...

fiza,

wahhh..leh selebret sama2 ni.. :)

Aunty Sue,
Aunty Sue lg terrer berpantunlaa dari Ummi..terima kasih ya datang melawat..:)

CatlinaFly said...

good luck dear! :) cutenye husna..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...