K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Tuesday, July 28, 2009

Iklan Favourite Hadiff

Keriangan Bersama DIGI

Ini iklan favourite Hadiff.. kalau iklan ni tayang kat tv, konpem apa sahaja yg dia wat hatta tengah nenen sekali pun dia akan stop dah concentrate on this iklan.. besar tul impak iklan Digi ni pada Hadiff.. and immediately kedua-dua tangan Hadiff akan terkepak-kepak...dengan riang ria..

Mesti uolls semua pernah tengok or tertengok or memang suka tunggu tuk tengok iklan nih.. iklan seorang gadis ayu berbaju kurung di tepi tangga batu putih (putih kan?) dalam kegusaran (macam ada org meninggal dunia jaa kan) lalu seorang jejaka (boyfriend kot no) menelefon dari opis sambil Hantu kuning yang femes tu meng'transfrom'kan diri menjadi KUCING KUNING dan menari lagu hindustan. Haahh part yg menari tu yang aku xtahan... buntal betul perut kucing tu alaa-alaa Garlfield kan..

Tapi bukan nak kata, iklan DIGI memang menarik.. kalau dibandingkan dengan iklan TELCO lain.. iklan DIGI boleh dikatakan LAIN DARI YANG LAIN..setuju x? Tabik spring kepada commercial department DIGI yg senantiasa tampil dengan idea-idea yang unik. Walhal kalau kita hintung dan congak berapa sangatla pensubscriber DIGI kalau dibandingkan dengan 2 gergasi telco dan xlupa juga pada adik bongsu mereka yang baru bertatih itu, Umobile. Kalau diikutkan dalam phone book ku yg menyimpan hampir 200 nombor cuma satu saja pengguna DIGI. Sudah pasti beriban-riban peruntukkan di allocatekan pada iklan, namun iklan DIGI lebih menyerlah dan tidak kaku.. dulu sewaktu iklan Umobile di udara "Mamak boleh bagi setengah?" (mana menghilanglaaa iklan2 dia..hmm xdak bajet dah kot noo..xpa asalkan hangpa bayaq gaji laki ku dahlaaa), ku menjangkakan idea-idea yg lebih ceria seceria warna rasmi syarikat itu akan terus dapat dipertontonkan.

Ku bukannya dapat komisen pun puji-puji DIGI nih, hatta bukannya ku menggunakan nombor DIGI (pernah guna skali tapi failed sebab kat kampung xdak line..aparaaa...may be Hantu Kuning tu takut kot masuk kampung aku tu), tapi bab iklan-iklan nih... ku memang kagum dengan kesungguhan syarikat ni. Iklan DIGI selalu bertukar-tukar kan... uolls perasan x?<---kaa ku jaa yg perasan? Apa-apa pun, Hadiff sesangatlaa suka tengok iklan KUCING KUNING DIGI nih.. complement to the brain owner of this iklan.

Anak sapa lagi yang suka tengok iklan nih? Angkat tangan!!!

regards

6 comments:

rozie rahman said...

salam ziarah..anak ku juga begitu..pantang ade iklan camtu pastu yg ade lagu2 ke mmg ralit sungguh..kalau kite hadang depan mata dier ngan tangan mesti dier tolak tgn kite..hehe

Nong Andy said...

Salam..

Rozy.. shinta pula akan berhenti bermain & ikut bersuara bila azan kuar kat tv!!

OneSue said...

saya..anak saya pun...memang klu iklan ni kuat suka betul dia kepak2kan tgn dia..

lagi dia suka klu kuar lagu tema tv 3...ha tu pun gayat dia joget

ina said...

anakku pun sama rozy..menari2 kalo ikalan kucing gemuk 2 kuar.....vote for DIGI sbb ku pakai..murahhhh...

shakeymirza said...

airell pun suke i tu..
kalaum org hadang dia mase iklan tu kuar..
maunye menjerit pekik dia..

Unknown said...

hahahaaa...
anak2 kakyong pun sama.. siap tergedik2 lagi...

satu lagi kalo citer gerak khas & akademi polis.. part lagu tu jgn le tetiba off kan tv.. 3-3 mau melalak.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...