K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Friday, April 16, 2010

BiJiK JaNgGuIH bAkAQ

Kita setat dengan teka-teki lu naa..

"Buah apakah bijiknya diluaq?" heheeh teka teki masa budak2 lu..

Masa kecik2 lu hangpa ada dak wat cam kami dok wat wiken lepas?
Bakaq bijik jangguih atau di panggil gajus dalam bahasa buku atau dalam bahasa nenek moyang saya bahasa inggeris cashew nut?

Tahun ni tetiba ja pokok jangguih kat tepi umah decide nak berbuah.. mula2 nampak sebijik ja..lama2 makin banyak dan bukannya ada org makan pun..
So abang ipaq saya pun kutiplaa bijik2 jangguih tu, kot2 ada yg kena paksa rajin nak bakaq.


HadiffBolat memang excited tengok hasil tuaian, sebab dia leh main baling2.. sebelum saya or Mr Asben nampak laa..

Cara pembakaran terbuka dilakukan:-

Bkaq dengan sabut dengan kekuatan api yg sederhana


Pas agak2 dah masak..tp kami dah terlebih hangitss, ketuk dengan pisau atau apa2 yg keras kedengkiang.

Then makan... bersedia dengan mulut yg bakal kehitaman
Memang nostalgia sungguh xtvt nih sebab last sekali saya melibatkan diri dalam prosess pembakaran bijik jangguih adalah masa saya lam darjah 3 kot, kat belakang umah tok dan umah tok2 tiri saya (saya ada 4 tok...jangan jelessss) di Sungai Batu Pahat, Perlis.

Bijik jangguih memang sedap.. kalau beli kat kedai mahal kann...dapat pun sejemput ja..

Ni khasiat bijik jangguih

1- Penuh dengan kebaikan fiber terlarut, vitamin, mineral dan leh promote phyto-chemical tuk lawan penyakit dan kanser.

2- Kaya dengan nutrisi dan tenaga. Penuh dengan heart friendly monosaturated fatty acids yg membantu dalam merendahkan kolestrol jahat dan meningkat kolestrol baik.

3- Mengandungi Ze-xanthin, sejenis antioksidan yg boleh diserap oleh mata dan boleh membantu dalam penapisan cahaya dan menghalang dari berlaku degenaration yg disebabkan faktor usia.


source dari http://www.nutrition-and-you.com/cashew_nut.html

so jom makan bijik jangguih!!

Choww!!!

10 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

beli kat kelantan hari rm 10 suku kilo ajer tak silap..hehehe

Rizziela said...

Sedapnya biji jangguih tu... Dah lama tak makan biji jangguih..yg ori tu sedap dari yg kita beli kat kedai

Hana Seman said...

Rozy,
tak pernah makan yang bakaq sendiri.
Tapi suka makan buah jangguih ni. lemak2 kan.
Lama tak makan buah jangguih

Rozy said...

eliss,

mahalkan bijik jangguih nih..mesti sebab dia pun ada musim kan.

riezziela,
ha ahh..yg ori memang lagik sedap.. sebab fresh gitu...

hana,
buah jangguih kalau wat kerabu memang marbeless laaa..

habibah_bib said...

ish, sedapnya... masa kecik kami rajin buat biji jangguih bakar... skang ni kat kampung je jumpa pokok jangguih ni... tak tau la berbuah lagi ke dak...

Afne said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa lama tak mkn huhu

dulu masa kecik2 ada pokoknya kt rmh. dh la buah lebat & rendang. selalau dok bertenggek kt dahan ngan adik wakakakaaaaaaaa

ntah lama2 pokok tu ditebang sbb buah makin kurg keluar & byk daun bersepah.

Melor said...

salam rozy
1. buah gajus blh dimasak sayur lemak putih (sedap) dgn nama lain sayur kolok.
2. pucuk ye pulak blh dibuat ulam amat bagus utk kita kaum hawa.
3. biji ye dah tentu la dibakar sedap rasa ye. tapi awas getah ye boleh buat bibir berkudis

Fid said...

kecik2 dolu aku selalu bakaq musim janggoih berbuah fuhh bau saja d ah semerbak sekampungggg

kakyong said...

sedapnya... lama dah tak makan..
dulu masa dok Ganu.. ade byk buah buah jambu golok ni depan rumah.. bila musim berbuah.. buahnya makbonda buat masa pajeri... sedap.. makan sampai menjilat jari..

biji tu pulak.. belah dua, pastu jemur.. selalunya mesti tinggal separuh sebelum sempat diangkat dr jemuran... hihihiii.. ;)

Rozy said...

bib,
la ni kat kg pun pokok nih dah kategori pupus kot... sebab dah susah nak jumpa.

Afne,
memang cedappp...tak rugi tunggu dia masak..

Melor,
Pucuk dia sedap kan..alaaa pahit berlemak..

Fid,
bab bau tu.memang hang xyah cakaplaaa..makcik aku dok sebelah pun mai tumpang sekaki.

kak yong,
buah wat pajeri rozy xpernah lagik makan..wat kerabu pernah rr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...