K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Tuesday, August 25, 2009

CoNtEsT JoM MaIn AiR BeRsAmA


Kak Yong yang sangat glamer dan ceria itu anjurkan contest men-men air dengan anak or dengan erti kata lain budak kecik.. setelah Kak Yong dengan baik hati nya telah merevised syarat2 penyertaan bg benarkan homo sapiens cam aku nih join... Apalagasss!!! Kenalahh kann..

Ni adalah photo taruhan ku untuk contest ini..


Nama Emak : "Roziyanna Ahmad"
Anak: Muhammad Hadiff Raef bin Hazari a.k.a HadiffBolat
Umur Anak semasa kejadian: 10++bulan
Gambaqnya sedikit blurr sebab budak kecik nih suka tepuk2 ayaq.. sampy basah seluaq ku

Tips menarik minat si kecil bermain air:-
1- Sediakan permainan yg sesuai dimain di dalam air, contohnya itik kuning yg boleh terapung.. kalau xdak.. gunakan kekreativitian anda..contohnya pinggan mangkuk plastik pun ble digunakan..Untuk HadiffBolat cukup sekadar benarkan dia memegang cebok sendiri ataupun botol baby bath.
2 - Menyanyi sambil bermain air.. contohnya kalau nak mandikan dia kita nyanyi
"Bangun pagi, gosok gigi..cuci mukaaa mangi-mangi..."..ulang-ulang..(sebab xtau camna lirik sebenaq).. kalau suara anda sedap cam Datuk Siti haa.. lagi best didengaq orang sebelah rumah.
3- Sambil gosok2 badan, ajarkan anak anda nama bahagian badan, contohnya.." Ini tangan!!" sambil menggosok kedua-dua belah tangan dengan sabun.
4 - Guna sabun yg sesuai tuk buat buih banyak2.. mesti depa nih suka...
5 - Sekiranya bermain air di kolam, lg best di water team park.. pergi bersama2 sepupu-sepupunyaa.. dan bergelak ketawa, sudah pasti anak anda teruja..sambil main tepuk-tepuk air..

Tips keselamatan ketika bermain air bersama si kecil:-
1- Pastikan suhu air tidak terlalu sejuk, kang menggeletaq lak kan budak kecik tu..
2 - Pastikan ada seseorang sentiasa bersama anak hatta didalam bilik air yg kecil sekali pun..ini untuk mengelak dari berlaku sebarang kemalangan yg tidak diduga..
3 - Jika didalam kolam, sediakan pelampung kanak2 yg sesuai dengan saiz anak..
4- Pakaian juga perlulah bersesuaian..samada wanpis or tupis.. kalau guna cloth diaper.. anda ble pakaikan shell nya sahaja.. kalau yg ada corak2 spongebob segala mesti anak anda mendapat tarikan ramai..sebab terserlah kecomelannya..
5 - Jangan mandikan anak anda terlalu lama.. cukuplah selama 30minit sekali di dalam air.. kalau anak nangis nak men air lagi.. cuba tarik perhatian dia pada permainan di darat yg lain.. or umpan dengan makanan favourite nya..bukan cekelat yer kang rosak gigi..
6 - Bagi yg mempunyai kolam renang or kolam ikan.. pastikan ia di pagar tuk mengelak dari anak anda yg masih kecil itu terjatuh ke dalam kolam tersebut.

Dibawah nih adalah penaja2 dermawan yg bermurah hati mensponsorkan hadiah2 contest Kak Yong. Silalah jenguk2 kat web penaja2 nih kot2 ada yg berkenan dihati.



2 comments:

Unknown said...

rozy,
kakyong dtg menrjah nih...

amboi kan main sonok hadiff..

tunggu juri dtg menilai ya.. kakyong Upkan foto dulu...

Rozy said...

okes kak yong..

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...