Contest coklat ini diorganize oleh syarikat pengeluar coklat halal bumiputera http://coklathalal.com. Hadiah yg ditawarkan memang nampak sedap-sedap belaka...
So ku pilih kategori 2 tuk contest submission kali nih.
Kisah yg nak ku paparkan kat sini adalah tentang DIA dan coklat pada saat kami mula berkenalan.
Pada tahun 2005, aku telah meregisterkan diri di satu forum outdoor yg terkenal untuk menyertai satu trip Mendaki Gunung Tahan. Dalam 10 trekkers yg menyertai trip itu, tiada seorang pun yg aku kenali tetapi ku tahu salah seorang hikers lelaki yang bernama “Hazari itu tinggal dekat dengan umah parents ku.
Sepanjang pendakian menyusuri trek Tahan, Hazari sentiasa di sisi, tambahan pula kami mempunyai trekking pace yg sama laju.. Sepanjang pendakian itu juga, coklat sentiasa di sisi kami. Hazari telah membawa sebundle coklat bar sebagai pelengkap ration, begitu jua aku, sudah menjadi kebiasaan membawa coklat, tapi coklat bar aku xleh challenge coklat bar Hazari yg lebih sedap (dan of course lebih mahal).
Sungguh kuat pengaruh coklat sepanjang pendakian kami, tika kami kelaparan sebelum tiba di kawasan perkhemahan, kami berdua akan berkongsi coklat.. coklat merupakan alas perut dan instant energy yang terbaik... tika kami kesejukkan dengan kedinginan angin gunung ataupun cabaran hujan yg mencurah-curah yang menyebabkan kami basah kuyup.. kami akan berkongsi coklat.. coklat mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memanaskan badan kami untuk meneruakan perjalanan..tika berkongsi pengalaman bergelak ketawa bersama rakan2 trekkers di bawah fly sheet, minuman coklat adalah pilihan. Coklat juga dikaitkan dengan MAKANAN KEJAYAAN apabila kami berjaya sampai ke puncak, mungkin kerana nilai tinggi coklat itu sendiri. Kami akan berkongsi coklat dengan semua ahli kumpulan sebagai tanda kesyukuran kami berjaya menakluki puncak gunung sambil menikmati permandangan yg begitu menakjubkan yg jelas menunjukkan kekuasaan Allah. Saat itu, terasa bahagianyaa hidup ini.
Setibanya kami semula ke Tamadun Manusia (dah keluar dari hutan ler tu), alangkah indahnya menikmati aiskrim berperisa coklat di tepi Sungai Pahang,
Ku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah membuka pintu hati kami menyertai trip ke Tahan ini.. Disinilah kami bertemu dan bermula detik bahagia yg menjodohkan kami. Perkongsian coklat sepanjang trip itu merapatkan hubungan kami..Ku rasa bibit cinta yg tercetus diantara kami mungkin disebabkan hormon cinta yg direleasekan sebab terlalu makan banyak coklat waktu itu.. coklatkan banyak dikaitkan dengan cinta..
Hingga hari ini, "Hazari (now my beloved Mr Asben) sentiasa mengingatkan ku membeli coklat (sebab my peberet) tiap kali kami ber marketing di pasar raya.. “Sayang, xmo cekelat?”..aku lak.."Mestilahh!!"
Stok coklat xpernah putus di dalam fridge dan di atas fridge.
Kami di puncak gunung
Ku tengah menikmati COKLAT KEJAYAAN ku..kuuusyukk masyuuukk
"Hazari (now my Mr Asben) captured the moment with his MAKANAN KEJAYAAN (SNIKERS)
Kalau dilihat dalam gambar diatas, jelas coklat kegemaran Mr Asben, dia prefer makan coklat bar yg heavy means ada caramel kacang segala... reason mengenyangkan.. kalau aku lak.. apa jenis coklat pun okay ok jaa.
So ini jerlah ceritera ku.. Hopefully adalaa kan can nak menang...
2 comments:
boleh menang nih. byk coklatnye hehehhe
tahniah Rozy... wah..wah.. macam2 dah menang first prize nieee...
Post a Comment