K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Tuesday, December 21, 2010

Katakan tidak pada PREMAXX baby bag sling - Surat untuk kawan.




Salam dan Selamat Sejahtera,
Saya sangat sedih. Sejak akhir-akhir ini Premaxx Baby Bag sling sudah masuk ke dalam pasaran Malaysia dan semakin laris seperti larisnya pisang goreng panas di hari hujan. Kesal kerana saya tahu baby sling seperti ini adalah berisiko jika digunakan. Saya sedar tidak ramai ibu bapa diluar sana tahu tentang aspek keselamatan baby wearing. Sebab itulah, surat ini saya tulis untuk menceritakan bahaya2 yg mungkin boleh terjadi jika baby bag sling ini digunakan terutamanya jika bayi kecil digendong di dalamnya.

Tahukah kawan semua yg beberapa kes telah dilaporkan di Amerika dimana beberapa bayi telah mati ketika digendong di dalam baby bag sling? Sila baca artikel ini: Baby deaths raise concerns about Infantino slings. Disebabkan kes ini jugaklah tema minggu babywearing pada tahun ini adalah "Babywearing Safety: Enjoy The Benefits".

Antara bahayanya:
1- Bayi yang diletakkan di dalam bag sling itu mudah tergelungsur dengan hidung akan press pada badan pemakai menyebabkan bayi sukar untuk bernafas.
2- Disebakan bayi berada paras yg rendah, pemakai sukar untuk mengawasi keadaan bayi.
3- Bentuk seperti bag menyebabkan postur bayi dalam keadaan melengkung menyebabkan saluran pernafasan melengkung dan menyebabkan kesukaran pada bayi untuk bernafas.

 Diharapkan kawan2 sekalian dapat luangkan masa membaca pautan yg saya letak dibawah ini:-

di Malaysian babywearer juga ada beberapa pautan yg sangat bagus di baca.
http://malaysianbabywearers.lefora.com/2010/12/21/links-and-resources-on-babywearing-safety/#post1

Oleh yg demikian, saya sangat berharap jika kawan2 mahu membeli sebarang babywearing gear, sila dapatkan nasihat dari orang2 yang betul2 memahami babywearing (tak semestinya penjual, penjual ada yg tidak tahu tentang aspek keselamatan!!).

Sekian dari saya yang kesal dengan jualan Premaxx Baby Bag sling. Harap kawan2 boleh sampaikan pesanan ini kepada rakan2. Kita tidak mahu apa2 yg tidak baik berlaku pada anak-anak kecil di Malaysia. Jika kawan2 dapat tahu yang ada dikalangan rakan2 membeli sebarang jenama baby bag sling, harap dapat nasihati mereka jangan menggunakannya dengan baby kecil.

Yang Benar
Rozy

Ini adalah gambar Premaxx Baby Bag sling.


*wuishh..maaf dgn tatabahasa yg kelam kabut.. ni kira dasat gak ni saya blog ala-ala skema ni..:p

20 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

ok. saya share kat fb

.::Lynn::. said...

nak share jugak

Farra Dhelina said...

ish...bahaya jugak ye kak..

AMIIZAA@Mieja said...

rozi,
tq sharing info nie:)

nampak bengkok jerk bb dok dlm tu...rasa mcm lama2 dok situ boleh rosakkan tulang belakang tak?

cik puan daun said...

Haritu nampak jual kat kedai. Nampak fancy gak.
Tq for the info.

Suziey Ahmad said...

oooooo ye ke..nmpk mcm selesa je baby tu..hmmm sy dulu beli sling yg bese jenis kain jek..bkn jenis bag camni..siap ade kocek ek..tp merbahaya..thanks for sharing..

Anonymous said...

nak share kat Mei's FB page eh.

Unknown said...

Salam, saya share juga ye.
Macam mana boleh lepas jual di Malaysia ni? Maybe I can check with our KPDNK?
Rozy, kalau ada maklumat lengkap, boleh tak cuba isi borang ni:
http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_contact&task=view&contact_id=1&Itemid=194
Mungkin KPDNK boleh cuba ambil tindakan?

mimi said...

Tq share info ni...

Unknown said...

slam roxy, nmpk sekali imbas mcm sama jer kedudukan baby if dlm sling2 yg biasa kita pakai nih..kene buh baby btol2 kot mcm yg dlm gmbr tu, elok jer lena.makesure muka mengadap keluar la kan..

Unknown said...

haah...bahaya la..mende tu baby dok ke dalam sgt.. hish!.nk warwarkan jugak la..

Aishah Megahasz said...

Rozy, nak copy kat blog Aishah. Malas nak mengarang sendiri. Thanks.

IstriNizi Momyha said...

Saya share jugak yer :))

Anonymous said...

salam kak rozy.

terima kasih kerana memberi maklumat yang bagus ttg premaxx baby sling bag ni. Terima kasih juga kepada kak Ummiamsyar atas pendapat yg diberikan.

Utk pengetahuan kak Rozy, Premaxx baby sling bag ni ada 2 kegunaan. iaitu boleh digunakan dalam posisi baring dan juga posisi duduk. Mungkin utk bayi yg baru lahir tidak sesuai digunakan tapi Premaxx baby sling bag ni masih selamat digunakan utk bayi yg berumur 8 bulan hingga 2 tahun dlm posisi duduk. Seperti kata Kak Ummiamsyar, sekiranya kedudukan dan posisi bayi diletakkan dgn btol serta pastikan muka bayi
dikeluarkan..insyaallah..premaxx baby sling bag ni boleh digunakan. lagi pulak, premaxx baby sling bag ni boleh dijadikan alas tido bayi kalau tidak digunakan utk mendukung bayi.

Cuba kita lihat dlm setiap gambar yang diletakkan. lihat bagaimana posisi dan kedudukan bayi serta lihat bagaimana tangan si ayah/ ibu yang memegang bayi tersebut. Kak Rozy boleh lihat di sini----> http://honeybun-corner.blogspot.com/2010/12/mari-dekat-mari-dekat.html

Terima kasih sekali lagi saye ucapkan kerana akak memberi info berguna sekaligus membuka mate saye ttg keburukan dan kebaikan premaxx baby sling bag ni. cuma, saya agak terkilan bila kak rozy letak link premaxx baby sling bag tu. ia seperti menutup periuk nasi org lain utk memulakan perniagaan. apa yang saye cuba sampaikan..Premaxx sling bag ni masih selamat digunakan utk bayi kerana premaxx baby sling bag ni boleh digunakan dengan dua cara. kedudukan baring dan juga kedudukan duduk.. :)

minta maaf sekiranya kata-kata saya ade menyinggung perasaan kak rozy.sesungguhnya,apa yg baik dtg dr Allah dan yg buruk itu dtg dr kesilapan saye sendiri.

TQ :)

Rozy said...

Salam Nanae,

Untuk pengetahuan Nane, baby bag sling sudah di banned di Amerika, regardless digunakan tuk baby kecil atau yg sudah boleh duduk. tapi kenapa pula kita membenarkan penjualan baby bag sling ini di Malaysia? Walaupun ia tidak merbahaya digunakan untuk dalam keadaan duduk, jika penjualannya dibenarkan mungkin ada ibu bapa yang akan menggunakannnya untuk bayi baru lahir tanpa mengetahui risiko2 yg bakal berlaku. Oleh yg demikian, baik kita halang terus penjualannya. Mistake proof, Poka Yoke! Prevent any potential mistake that may happen. Jikalau puan tgk dari gambar2 yg disertakan, still ada gambar baby kecil dalam baby bag sling itu.

saya cuma menyatakan tentang risiko2 jika menggunakan baby bag sling dan Premaxx mulai dijual scr meluas di internet. Dan sebagai menjalankan tanggungjawap saya sebagai salah seorang baby wearer saya wajib menyedarkan ibu bapa diluar sana.

Mengenai menutup periuk nasik, sanggupkah peniaga menjual barang yg mungkin boleh menyebabkan kecelakaan pada org lain? Adakah peniaga itu mahu bertanggung jawap?

farrahar said...

Hi,

Saya daripada Malaysian Babywearers. Saya ingin menyentuh mengenai penggunaan Bag Sling secara amnya.

Memang betul, saya setuju bahawa bag sling adalah selamat digunakan SEKIRANYA cara penggunaan adalah betul. Bahkan, konsep ini tetap sama digunapakai bagi penggunaan mana-mana sling atau baby carrier secara amnya.

Walau bagaimanapun, apa yang merisaukan ramai pihak ialah produk seperti ini dengan jelasnya adalah hanya "separa selamat", iaitu secara lebih spesifiknya, ianya kurang selamat digunakan untuk bayi-bayi kecil yang baru lahir. Isu ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi sekiranya ibubapa yang menggunakan bag sling seperti ini tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan yang selamat.

Berapa ramaikah peniaga di luar sana yang akan menyampaikan mesej berkenaan keselamatan penggunaan bag sling ini kepada pengguna? Rata-rata kebanyakan peniaga lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan nyawa. Ini boleh dilihat sendiri di mana-mana, ramai peniaga hanya tahu menjual, tetapi tidak tahu cara-cara penggunaan yang betul apalagi selamat bagi produk yang dijual.

Isu bag sling ini bukan lagi satu isu yang remeh. Ia telah menyebabkan beberapa kes kematian bayi dan telah menjadi satu isu yang besar terutamanya di Amerika Syarikat sehinggakan produk terbabit diarahkan untuk ditarik balik daripada US market. Ia satu isu yang besar sehinggakan "babywearing" secara keseluruhannya telah dianggap tidak selamat oleh ramai pihak sehinggakan ramai ibubapa amat takut dan bimbang untuk menggunakan sling untuk bayi mereka. Ia menjadi satu isu yang besar hingga menyebabkan ramai pembuat dan penjual sling yang gulung tikar, bahkan hingga ke saat ini! Ia menjadi satu isu yang besar hinggakan seluruh babywearers di seluruh dunia bersatu bersama-sama untuk memboikot bag sling secara terus!

Berkenaan Premaxx Baby Sling, mungkin puan boleh lihat sendiri di laman web produk tersebut (http://www.premaxx.com/en/products/baby-bag/index.aspx), yang mengatakan bahawa produk tersebut boleh digunakan dalam kedudukan baring bagi bayi 0-5 bulan, dan dalam kedudukan duduk bagi bayi 5-18 bulan. Puan boleh lihat sendiri bagaimana pembuat produk berkenaan menggalakkan penggunaan bag sling tersebut untuk bayi yang baru lahir. Puan boleh juga baca seterusnya di bahagian FAQ (http://www.premaxx.com/en/pages/37/faq.aspx), yang mana manufacturer tersebut telah menekankan tentang unsur-unsur keselamatan yang perlu diambil perhatian apabila meletakkan bayi dalam kedudukan baring. Namun sejauh manakah mesej ini sampai ke para peniaga dan lebih-lebih lagi kepada pengguna?

Kami tidak menggalakkan penggunaan semua jenis Bag Sling, tidak kiralah mana-mana jenama pun, sama ada Infantino, Premaxx, Munchkin, dan sebagainya. Selagi ianya sejenis bag sling, ia tetap memberikan risiko kepada bayi-bayi baru lahir.

Antara cubaan menutup periuk nasi peniaga lain dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya penggunaan bag sling demi menyelamatkan nyawa seorang bayi, rasanya semua orang tahu mana yang lebih baik.

Kami amat mengharapkan sokongan daripada semua pihak demi keselamatan nyawa bayi kita semua.

Sekian, terima kasih atas masa yang diberikan untuk membaca komen saya yang panjang ini.

MBW Admin

farrahar said...
This comment has been removed by the author.
Rohaya said...

Assalamualaikum Rozy,

TQ for sharing the info, really apreciate it!

mohon share yer...

Rozy said...

Salam Rohaya,

sangat dialu-alukan.
terima kasih!

Cik Iman said...

cik iman baru tahu pasal premaxx nie pastu gi pulak rekomen kat mak sedara tanpa buat kajian dulu (bagus betul cik iman nie ades)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...