K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Monday, December 27, 2010

Jawapan ttg menutup periuk nasi peniaga Premaxx Baby Bag Sling

Salam dan Selamat Sejahtera,

Antara komen yang saya dapat dalam entry Katakan tidak pada PREMAXX Baby Bag Sling - Surat Buat kawan.

salam kak rozy.

terima kasih kerana memberi maklumat yang bagus ttg premaxx baby sling bag ni. Terima kasih juga kepada kak Ummiamsyar atas pendapat yg diberikan.

Utk pengetahuan kak Rozy, Premaxx baby sling bag ni ada 2 kegunaan. iaitu boleh digunakan dalam posisi baring dan juga posisi duduk. Mungkin utk bayi yg baru lahir tidak sesuai digunakan tapi Premaxx baby sling bag ni masih selamat digunakan utk bayi yg berumur 8 bulan hingga 2 tahun dlm posisi duduk. Seperti kata Kak Ummiamsyar, sekiranya kedudukan dan posisi bayi diletakkan dgn btol serta pastikan muka bayi
dikeluarkan..insyaallah..premaxx baby sling bag ni boleh digunakan. lagi pulak, premaxx baby sling bag ni boleh dijadikan alas tido bayi kalau tidak digunakan utk mendukung bayi.

Cuba kita lihat dlm setiap gambar yang diletakkan. lihat bagaimana posisi dan kedudukan bayi serta lihat bagaimana tangan si ayah/ ibu yang memegang bayi tersebut. Kak Rozy boleh lihat di sini----> http://honeybun-corner.blogspot.com/2010/12/mari-dekat-mari-dekat.html

Terima kasih sekali lagi saye ucapkan kerana akak memberi info berguna sekaligus membuka mate saye ttg keburukan dan kebaikan premaxx baby sling bag ni. cuma, saya agak terkilan bila kak rozy letak link premaxx baby sling bag tu. ia seperti menutup periuk nasi org lain utk memulakan perniagaan. apa yang saye cuba sampaikan..Premaxx sling bag ni masih selamat digunakan utk bayi kerana premaxx baby sling bag ni boleh digunakan dengan dua cara. kedudukan baring dan juga kedudukan duduk.. :)

minta maaf sekiranya kata-kata saya ade menyinggung perasaan kak rozy.sesungguhnya,apa yg baik dtg dr Allah dan yg buruk itu dtg dr kesilapan saye sendiri.

TQ :)



Ini adalah jawapan dari salah seorang Admin Malaysian Babywearers, Farrah.

Hi,

Saya daripada Malaysian Babywearers. Saya ingin menyentuh mengenai penggunaan Bag Sling secara amnya.

Memang betul, saya setuju bahawa bag sling adalah selamat digunakan SEKIRANYA cara penggunaan adalah betul. Bahkan, konsep ini tetap sama digunapakai bagi penggunaan mana-mana sling atau baby carrier secara amnya.

Walau bagaimanapun, apa yang merisaukan ramai pihak ialah produk seperti ini dengan jelasnya adalah hanya "separa selamat", iaitu secara lebih spesifiknya, ianya kurang selamat digunakan untuk bayi-bayi kecil yang baru lahir. Isu ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi sekiranya ibubapa yang menggunakan bag sling seperti ini tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan yang selamat.

Berapa ramaikah peniaga di luar sana yang akan menyampaikan mesej berkenaan keselamatan penggunaan bag sling ini kepada pengguna? Rata-rata kebanyakan peniaga lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan nyawa. Ini boleh dilihat sendiri di mana-mana, ramai peniaga hanya tahu menjual, tetapi tidak tahu cara-cara penggunaan yang betul apalagi selamat bagi produk yang dijual.

Isu bag sling ini bukan lagi satu isu yang remeh. Ia telah menyebabkan beberapa kes kematian bayi dan telah menjadi satu isu yang besar terutamanya di Amerika Syarikat sehinggakan produk terbabit diarahkan untuk ditarik balik daripada US market. Ia satu isu yang besar sehinggakan "babywearing" secara keseluruhannya telah dianggap tidak selamat oleh ramai pihak sehinggakan ramai ibubapa amat takut dan bimbang untuk menggunakan sling untuk bayi mereka. Ia menjadi satu isu yang besar hingga menyebabkan ramai pembuat dan penjual sling yang gulung tikar, bahkan hingga ke saat ini! Ia menjadi satu isu yang besar hinggakan seluruh babywearers di seluruh dunia bersatu bersama-sama untuk memboikot bag sling secara terus!

Berkenaan Premaxx Baby Sling, mungkin puan boleh lihat sendiri di laman web produk tersebut (http://www.premaxx.com/en/products/baby-bag/index.aspx), yang mengatakan bahawa produk tersebut boleh digunakan dalam kedudukan baring bagi bayi 0-5 bulan, dan dalam kedudukan duduk bagi bayi 5-18 bulan. Puan boleh lihat sendiri bagaimana pembuat produk berkenaan menggalakkan penggunaan bag sling tersebut untuk bayi yang baru lahir. Puan boleh juga baca seterusnya di bahagian FAQ (http://www.premaxx.com/en/pages/37/faq.aspx), yang mana manufacturer tersebut telah menekankan tentang unsur-unsur keselamatan yang perlu diambil perhatian apabila meletakkan bayi dalam kedudukan baring. Namun sejauh manakah mesej ini sampai ke para peniaga dan lebih-lebih lagi kepada pengguna?

Kami tidak menggalakkan penggunaan semua jenis Bag Sling, tidak kiralah mana-mana jenama pun, sama ada Infantino, Premaxx, Munchkin, dan sebagainya. Selagi ianya sejenis bag sling, ia tetap memberikan risiko kepada bayi-bayi baru lahir.

Antara cubaan menutup periuk nasi peniaga lain dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya penggunaan bag sling demi menyelamatkan nyawa seorang bayi, rasanya semua orang tahu mana yang lebih baik.

Kami amat mengharapkan sokongan daripada semua pihak demi keselamatan nyawa bayi kita semua.

Sekian, terima kasih atas masa yang diberikan untuk membaca komen saya yang panjang ini.

MBW Admin



Saya benar-benar berharap agar mesej yg cuba disampaikan oleh kami di Malaysian Babywearer adalah jelas sejelas jelasnya. Terima kasih kepada semua yg telah menyebarkan mesej ini kepada kawan-kawan. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami.

5 comments:

Unknown said...

good answer Farrah....banyak sangat seller yang pentingkan keuntungan je...it's not a surprice if they themself also never try on their product.

szarihan said...

iye laa..setuju ja dgn farrah...at least sebelum menjual sesuatu tu, buat lah research...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...