Cerita ni may be dah jadik basi since dah ramai yang blog about this..
Tapi harap boleh baca sampai habis ya apa yang saya nak explain kat sini..:)
Happy reading!!
Avent BPA and the rest all made of PP (doesn't contain BPA)
Alhamdulillah..sejak kerajaan
mengharamkan penjualan botol yang mengandungi bisphenol-A, masyarakat mula membuka mata. Walaupun begitu, sudah ramai ibu-ibu yang sudah lama menggunakan botol tanpa bisphenol-A ini. Namun, saya perlu perbetulkan mengenai sedikit fakta mengenai botol yg mengandungi BPA dan botol BPA Free.
Singkatan
BPA: bisphenol-A
PC :Polycarbonate
PP: Polypropylene
Just for the sake of understanding dan semoga orang tidak tertanya-tanya, polimer adalah bidang saya masa di Uni dahulu dan sekarang bekerja dalam bidang pembuatan alatan hospital yg dibuat dari polimer.
Mengenai pengecaman botol yang mengandungi BPA:-
1-JENIS PLASTIK
Hanya plastik polikarbonat yang mengandungi bisphenol-A. Oleh itu kalau nak lebih mudah just refer pada polikarbonat.
2- SIFAT
Polikarbonat ini character dia glassy transparent (sekiranya tiada coating) dan keras. Helmet kita pun dibuat dari polikarbonat. Compact disk pun dibuat dengan PC. Pada awal pembuatan botol plastik, PC dipilih kerana sifatnya yang transparent, resistant to higher temperature and tidak mudah pecah. (almaklumlah baby kan suka baling membaling-membaling ni :) )
3- LABEL
Sekiranya anda membuat pengecaman menggunakan label recycle, cara ini hanya boleh diguna pakai sekiranya nombor 7 dan beserta label PC.. kerana nombor 7 adalah pengkelasan untuk OTHER PLASTICS yang tidak dilabel sebagai 1,2,3,4,5,6. Saya ada terbaca di group facebook yg dia ditipu oleh label. Kotak tulis BPA FREE tapi ada nombor 7 bawah botol. Hakikatnya, botol itu memang botol BPA FREE. Simbol recycle ni adalah untuk memudahkan kerja sorting dilakukan. Unfortunately, PC bukanlah a commodity plastik yg sangat banyak digunakan, oleh itu PC dikelaskan bersama2 plastik yang lain.
contoh label recycle PC
Malah ramai juga pengeluar botol susu yang tidak melabel jenis plastik yang digunakan.
Oleh yang demikian, kenal pasti sifat PC untuk mudah pengecaman.
Transparent macam kaca dan keras.
Botol BPA FREE
1-BAHAN ALTERNATIF
Kebanyakkan syarikat dah mula convert dari polikarbonat kepada polypropylene. Ini kerana PP adalah plastik yang murah. PP adalah plastik komoditi. Walaupun PP tidak mengandungi BPA, janganla kita leka.
PP adalah meant for cold storage container not for hot storage. Kalau ikut durability, PP kalah dengan PC. PC is tougher and more temperature resistant compare to PP. PP punya shelf life is shorter than PC. Kalau kita compare botol susu yang dibuat dari PP dan PC, botol PP lebih mudah bertukar warna ke kuningan tapi botol PC boleh maintain glassy transparent pada masa yang lebih lama. PP juga mudah degradasi bila expose pada UV light so warna mudah bertukar ke kuningan.
Avent ada keluarkan botol dari PES (Polyethersulphone) which also classified under recycle number 7. PES ni adalah plastik kejuruteraan, tough macam PC juga dan mempunyai ketahanan suhu yang baik. So sesuaila dengan harga botol tu kan. Nak detail lagi baca di
SINI.
2- PEMILIHAN
Semasa memilih botol BPA FREE saya cadangkan pilihlah botol yang berkualiti. Jangan pilih botol yang mudah kemek jika ditekan, wall thickness yang nipis. Botol jenis ini banyak terdapat di supermarket.. so masa nak beli tu tekan2 sikit botol tu, kalau macam senang kemek, it is not a good bottle.Botol ni sebenarnya tidak tahan panas.Cari botol yang keras contohnya botol susu tuppaware. Tukar setiap kali 6bulan ataupun setelah botol ada calar atau warna bertukar.
3- HARGA
Kalau mengikut harga bahan mentah plastik, PC adalah lebih mahal dari PP.Oleh yang demikian, anda may be akan jumpa botol BPA FREE yg lebih murah dari botol PC.
Botol PC atau botol dari plastik apa pun, still botol plastik..still dibuat secara kimia. Bila subjected to high temperature, dikuatiri bahan kimia akan meresap keluar dan mencemari susu. The best is of course botol kaca, tapi kalau memanjang pecah sungguh tak praktikal la pulak kan. :)
Tumbler minum yang kita selalu jumpa di supermarket yang berwarna warni tu pun adalah dari polikarbonat.
So alang-alang dah botol susu pun kita tukar ke BPA FREE why not kita avoid terus dari mengguna polikarbonat dalam perkakasan makan minum kita.
Jangan risau, bekas dadih bukan dibuat dari PC. Ingat PC ni mahal so takdaknya orang nak guna PC pada barang single use macam bekas dadih ni.
Sekian.
Kalau ada apa2 kemusykilan, just let me know. InsyaAllah, kalau saya boleh tolong jawap, saya jawap.
*maaf ya, BM saya memang sedikit tunggang langgang. :)
lepas ni saya akan explain pasal PVC / PHATALATES dalam toys pulak.. Ini lagi bahaya.. :)