K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U

Wednesday, March 16, 2011

AlKiSaH BoToL BP-A

Cerita ni may be dah jadik basi since dah ramai yang blog about this..
Tapi harap boleh baca sampai habis ya apa yang saya nak explain kat sini..:)
Happy reading!!
Avent BPA and the rest all made of PP (doesn't contain BPA)
Alhamdulillah..sejak kerajaan mengharamkan penjualan botol yang mengandungi bisphenol-A, masyarakat mula membuka mata. Walaupun begitu, sudah ramai ibu-ibu yang sudah lama menggunakan botol tanpa bisphenol-A ini. Namun, saya perlu perbetulkan mengenai sedikit fakta mengenai botol yg mengandungi BPA dan botol BPA Free.

Singkatan
BPA: bisphenol-A
PC :Polycarbonate
PP: Polypropylene

Just for the sake of understanding dan semoga orang tidak tertanya-tanya, polimer adalah bidang saya masa di Uni dahulu dan sekarang bekerja dalam bidang pembuatan alatan hospital yg dibuat dari polimer.

Mengenai pengecaman botol yang mengandungi BPA:-
1-JENIS PLASTIK
Hanya plastik polikarbonat yang mengandungi bisphenol-A. Oleh itu kalau nak lebih mudah just refer pada polikarbonat.

2- SIFAT
Polikarbonat ini character dia glassy transparent (sekiranya tiada coating) dan keras. Helmet kita pun dibuat dari polikarbonat. Compact disk pun dibuat dengan PC. Pada  awal pembuatan botol plastik, PC dipilih kerana sifatnya yang transparent, resistant to higher temperature and tidak mudah pecah. (almaklumlah baby kan suka baling membaling-membaling ni :) )

3-  LABEL
Sekiranya anda membuat pengecaman menggunakan label recycle, cara ini hanya boleh diguna pakai sekiranya nombor 7 dan beserta label PC.. kerana nombor 7 adalah pengkelasan untuk OTHER PLASTICS yang tidak dilabel sebagai 1,2,3,4,5,6. Saya ada terbaca di group facebook yg dia ditipu oleh label. Kotak tulis BPA FREE tapi ada nombor 7 bawah botol. Hakikatnya, botol itu memang botol BPA FREE. Simbol recycle ni adalah untuk memudahkan kerja sorting dilakukan. Unfortunately, PC bukanlah a commodity plastik yg sangat banyak digunakan, oleh itu PC dikelaskan bersama2 plastik yang lain.

contoh label recycle PC

Malah ramai juga pengeluar botol susu yang tidak melabel jenis plastik yang digunakan.
Oleh yang demikian, kenal pasti sifat PC untuk mudah pengecaman. Transparent macam kaca dan keras.

Botol BPA FREE

1-BAHAN ALTERNATIF
Kebanyakkan syarikat dah mula convert dari polikarbonat kepada polypropylene. Ini kerana PP adalah plastik yang murah. PP adalah plastik komoditi. Walaupun PP tidak mengandungi BPA, janganla kita leka. PP adalah meant for cold storage container not for hot storage. Kalau ikut durability, PP kalah dengan PC. PC is tougher and more temperature resistant compare to PP. PP punya shelf life is shorter than PC. Kalau kita compare botol susu yang dibuat dari PP dan PC, botol PP lebih mudah bertukar warna ke kuningan tapi botol PC boleh maintain glassy transparent pada masa yang lebih lama. PP juga mudah degradasi bila expose pada UV light so warna mudah bertukar ke kuningan.

Avent ada keluarkan botol dari PES (Polyethersulphone) which also classified under recycle number 7. PES ni adalah plastik kejuruteraan, tough macam PC juga dan mempunyai ketahanan suhu yang baik. So sesuaila dengan harga botol tu kan. Nak detail lagi baca di SINI.

2- PEMILIHAN
Semasa memilih botol BPA FREE saya cadangkan pilihlah botol yang berkualiti. Jangan pilih botol yang mudah kemek jika ditekan, wall thickness yang nipis. Botol jenis ini banyak terdapat di supermarket.. so masa nak beli tu tekan2 sikit botol tu, kalau macam senang kemek, it is not a good bottle.Botol ni sebenarnya tidak tahan panas.Cari botol yang keras contohnya botol susu tuppaware. Tukar setiap kali 6bulan ataupun setelah botol ada calar atau warna bertukar.


3- HARGA
Kalau mengikut harga bahan mentah plastik, PC adalah lebih mahal dari PP.Oleh yang demikian, anda may be akan jumpa botol BPA FREE yg lebih murah dari botol PC.


Botol PC atau botol dari plastik apa pun, still botol plastik..still dibuat secara kimia. Bila subjected to high temperature, dikuatiri bahan kimia akan meresap keluar dan mencemari susu. The best is of course botol kaca, tapi kalau memanjang pecah sungguh tak praktikal la pulak kan. :)

Tumbler minum yang kita selalu jumpa di supermarket yang berwarna warni tu pun adalah dari polikarbonat.
So alang-alang dah botol susu pun kita tukar ke BPA FREE why not kita avoid terus dari mengguna polikarbonat dalam perkakasan makan minum kita.

Jangan risau, bekas dadih bukan dibuat dari PC. Ingat PC ni mahal so takdaknya orang nak guna PC pada barang single use macam bekas dadih ni.

Sekian.
Kalau ada apa2 kemusykilan, just let me know. InsyaAllah, kalau saya boleh tolong jawap, saya jawap.

*maaf ya, BM saya memang sedikit tunggang langgang. :)

lepas ni saya akan explain pasal PVC / PHATALATES dalam toys pulak.. Ini lagi bahaya.. :)

20 comments:

Afne said...

nak tanya! nak tanya!

nombor2 recycle tu meaning kena pakai tak lbh 5 kali ke utk simbol 5?

bgs la hang buat entry gini. mlm td dok google nk cari botol2 susu baru hana & psl pc & pp.

Rozy said...

afne,
no 5 tu adalah nama plastik. cuba afne tengok kat gamnbar atas tu.No 5 dalam simbol recycle bermaksud plastik yang digunakan adalah polypropylene.

szarihan said...

wahh best entry ni! aku mintak nak share dlm blog ek for future reference...biasa la baca arini, esok lusa lupa hehehe...

botol2 PP pun ada yg tak bagus ka...yg aku penah pakai MLO, safety plus, bumble bee n medela ja...dan aku prasan MLO nya nipis skit, so tak bagus la ekk...safety plus n bumble bee murah gak, tp ok tak hang rasa?

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

thanx for sharing.. saya ni tak bape nak paham sangat... tapi nak puas hati, beli je la avent.. huhu

Rozy said...

pah,
kita ada huge rotation still okay kalau pakai lama pun..tapi yg solely pakai botol tu saja..memang kena tukaq selalu..kalau nampak bercalaq teruk hang kena tukaq dah.

mirah said...

Rosy, how about teats? i heard people said kena tukar selalu, at least sebulan sekali once puting tu dah jadi warna putih keruh. kalau dah tear confirm kena buanglah kan.. any opinion? thanx.

Unknown said...

Kak,

Betul ke AVENT yg wane jernih tu ada BPA???sy x brape fhm...sowie.....

Unknown said...

nice info..tq for sharing

fisa othman said...

rozy baguih la info hang ni...
aku ni fail skit bab2 ni...
hehehe memandangkan anak aku dah mula nak guna botol kat rumah wajib aku amik tau ni...sebelum ni memang aku guna botol BPA free jek tanpa amik pusing pasal nombor2 tu...

Yaya Azura said...

alhamdulillah..yaya awal-awal lagi dah guna botol BPA Free...

salam kenal ye...bnyak info kat sini..

Afne said...

k, tq rozy. yg afne terbaca avent kuning made of PES & avent putih made of PP. dua2 pn bpa free. tp tak paham sgt la dgn istilah2 kimia ni hehe.

pena rozie said...

Info yang sangat berguna untuk para ibu....

mizah said...

good info..n suka baca bab2 kimia yang dah lama ditinggalkan.. thanks sharing benda ni... nak tanya, kalau botol PP pun kita kena tukar after 6mnths ke? even color dia tak bertukar kuning or tak calar?

Naza Sulaiman a.k.a Ajasu said...

*thumbs up* Rozy. Always being helpful. Nanti nak share juga ya... yang bekas dadih tuh mmg Aja pun jarang suggest kat org suh guna, better guna liner, then sekali pakai..buang. Bekas dadih tuh mcm2 pendapat, ada kata 2-3 kali pakai, then buang.. biasa nyer kalau dh beku, panas byk kali tuh plastik mmg x tahan.

So pembekuan Aja jarang guna bottle, so jangka hayat botol2 Aja..panjang skit..hahah.. beku guna liner..once dh panaskan..buang.

p/s: Arwah Prof Nasir Zainal Abidin sure bangga dgn anak didik dia nih..kudos Rozy *Hugs*

Rozy said...

mirah,

on teats advisable sebulan sekali tukar..just for hygiene.

norazlina,
yg clear macam dalam gambar saya kat atas tu memang contains BPA.

Ila,
thx.

fisa,
sharing si caring.

yaya,
salam kenal.

afne,
betul la tu.

pena rozie,
alhamdulillah

ramizah,
sama.

Rozy said...

Aja,

just sharing what i know saja.
huhuhu janganlaa sebut my fav prof tu.. rest in peace..semoga ilmu2 yg telah dia curahkan membuatkan Allah tempatkan dia di kalangan org2 yg beriman.
Amin.

ibuaiman said...

Salam Rozy...nak tanya, klu botol air ada label 7 (PC) tu, klu isi air masak pun bahaya jugak ke? klu botol ada no 5 (PP), isi air masak atau susu dari peti ais (susu kotak) dan terus minum, blh ke?ada bhy x?

Rozy said...

Ibu Aiman,

Kalau boleh,kita elakkan terus penggunaan polycarbonate dalam bekas minuman/makanan kita. walaupun kita tidak menggunakan air panas, tetapi dengan penggunaan yg lama,dengan terjadinya calar, discolouration, dikhuatiri BPA akan meresap (leach out) keluar.

Rozy said...

Ibu Aiman,

lupa lak nak menjawap soalan ke dua. Botol yg dilabel 5,botol PP boleh digunakan tuk air sejuk,kebanyakkan container air dibuat dari PP. Ia tidak merbahaya. Cuma PP tidak sesuai digunakan untuk air yg menggelegak.

ibuaiman said...

Tq Rozy...:)...sbb dah terbeli botol air masak untuk minum di tempat kerja yang ada tanda 7(PC) tu, dulu ingatkan no.7 yg ok, no. 5 yg tak bgs. Nak buang membazir la pulak rasanya. Botol air mineral/botol air yang jual tu, label no.1 kan,so apa kandungannya yg merbahaya pula ye?Adakah botol itu lagi bahaya dari BPA?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...