K.A.W.A.N-K.A.W.A.N.K.U
Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 28, 2009
Hah!! Adakah!!
Ohh tuan keta, ku mohon ampun naa upkan nombor plate keta mu inih... sempena bulan mulia nih....
Ohh apakah!! Veetulkah apa yg ku nampak inih?!
Pagi tadi OTW antaq Mr Asben to stesen bas --> Hahahaa sian kena nek limousin panjang pi keja rini.. desupp keta nih potong secara kureng asam...
aikk!! len macamnya nomboq plate.. sekilas panjang nampak QBABI, korang nampak camtu gak x? Ker aku ja..toink..toink...
Ku and Mr Asben siap debate lagik whose the owner of the car.. a chinese or an indian
Sampai kat stesen bas..wanita bertudung yg kuar..aiseyman..cam xcaya laks..
BiLa DaH xTeRtAhAn
"Kami xkegha...kami nak gak!!"
Ni lah rupanya bila budak kecik dah mengamok nak nenen.. xpedulik dah Ummi dia tengah drive kaa.. huhuhu... makin hari makin challenging betoi dengan budak ini..
kena lak dah jadik habit..bila nek keta ja nak nenen...layan feel..
so redha jalah.. kalau nak ikutkan me nak terus jaa drive while breastfeed tp sibek my mom ada sebelah..
Kata my mom : Ishh..xpenah-penah orang wat camni.. benti sebelah...
Thursday, September 17, 2009
Hadiah Menang Contest dah Sampy!!
walaupun ku tengah kaluit (read macam orang Abi kat Perlis cakap), ku tetap nak update gak kesampaian hadiah pada ku..
Ni hadiah saguhati dari UmmiKhayra, perfume OneDrop, tho x menang dengan baik hatinyaa UmmiKhayra still gak bagi hadiah..Baik kan?
Yang bawah nih dari Kak Yong dengan hadiah yg ditaja..menang contest men ayaq dengan budak kecik..
Dapat tudung kaler silver (ku suka sangat..xdak lagi kaler nih), buku The Jungle Book (kenan simpan tunggu Hadiff besaq sikit..kang dia xbaca tp koyak..tp ku yg bakal baca lu kot..), maruku..ohh maruku ka nama dia r..tp bakal ku makan lu satgi pas bukak posa.. lagi One Drop perfume..hmm dari UmmiKhayra lagik nih rasanyaa..
To Kak Yong and all the sponsors...
TERIMA KASIH BANYAK2...
SELAMAT HARI RAYA!!
Ku masih tunggu hadiah buku cita nih...
KeSaH KaD rAyA LaK
Esok ku nak coti2 mesia dah.. so far as at 2.06pm ku cuma dapat 6 kad jaa..
tahun lepas dapat gak 10 kad.. apa sudah jadik??
Mana kad yg ku dapat every year from Zack yg keja dengan anak syarikat Selangor tu?
Mana kad raya dari supplier2 aku?
Mana pi kad dari kakak2 Doc Con or dari Kak Ponni, Cindy mulut banyak, See or dari Puan Laila?
Adakah...
Kerajaan Selangor dah dapat kat parti pembangkang so bajet tahun ni tuk kad raya dah takdak?
Adakah ku dah lama xorder barang2 dari local supplier?..asik dok ushar di seberang sana jaa..
Mungkin kah ku dah xseglamer dulu masa taim aku jadi Presiden Kelab kat kilang nih?
Bagi ku kad raya ni kira indicator gak on k popularitian seseorang...
so ku rasa..ku dah xpopular dah kot...
xkesahlahh..kad raya kannya leh makan pun kann..
TO ALL MY DEAR CYBER FRIENDS...
SELAMAT HARI RAYA DAN MOGA PERJALANAN ANDA SELAMAT PERGI DAN BALIK IN ONE PIECE...
Me akan bercuti starting from tomorrow and next whole stretch week is a Plant Shutdown for my company...yeayy!!! cuti panjang!!
Jumpa lagi nanti..
regards
Rozy, Arry dan HadiffBolat.
KeSaH kUiH RaYa TaWuN InI
So tahun nih..apakah kueh yg ku planning nak wat..
1) Almenlangden - ni kuih wajib aku setiap tahun..pasaipa? pasai..nak wat nya punya laa SENANG, costnya punya laa MURAH..TAPI yang kat luar jual kuih raya tu punyalaa MAHAL.. plus my nieces and nephews memang antu kuih ni..sebb ada cekelat kan.. so depa akan ripit and ripit makan.. so makan ja bopa banyak yg hangpa nak sebab Alang dah wat approximately 600pcs kuih ni saja tahun nih..
2) Biskut cornflakes - owhh..ni anak buah ku Baby Dayah Debab (not baby anymore dah), suuuukaaa sangat.. ku dapat resepi kat majalah wanita tahun 2005 (kitab ku), alter sikit boh susu tepung..walllahhh!!! lemak2 and crunchy gitu...
3) Biskut Oat - Suka wat kuih nih sebab very the simple dimple...campak tepung, campak oat campak ghee, campak icing sugar, potong dan bakar... yummeehhh!!!!
4) Crispy bubble rice coated with chocolate - Ni dah bertahun ku nak wat tapi xpernah jadik kenyataann.. so tahun nih kena wat jugak!
5) Cheesy biscuit - Ni baru tahun nih test try wat.. last week punya projek..marbelestaa!! Put some variety on my table..ni asik2 cekelat...asik2 cekelat (my dear kakak punya dialog, sebab dia xbopa layan cekelat2 nih)
6) Biskut Arab - Adik ku Noji suka makan.. so ku pun wat lahh..and xsusah mana pun..
7) Kek Sekeret resepi cekelat ku - Ni wajib hampir setiap bulan.. ngeh..ngeh..ngeh.. ku suka wat kek bg orang makan..cam syok jaaa... it is not a sekeret punya resepi dah ku jaja serata dunia, kalau nak now pun ku leh up kan resepi nyaa.. dah engraved lam pala otak dah nih..
8) Butter cake - Khas tuk org yg xlayan cekelat...
Tang kek nih..biasanyaa taim raya ku pernah wat sampy 10 bijik dalam masa seminggu.. pas kat sana..pas kat sini..kim tuk anak buah balik mrsm..
Tahun ni kek division will be slightly different..sebab ku nak deko2 sikit..or may consider nak wat cupcake.. almaklumlahh makcik kan dah attend kelas deko cupcake ritu..
tu ja lahh..satgi taim break nakpi sunflower beli tracing paper, beli last touch up tuk my baking project... " Sayang, mintak izin naaa"
oohh lagi satu..tawun ni excited sikit sebab baru upgrade oven from the RM30 takada oven (PWP kat kotmemot tawun 2003, sangat berjasa kepada ku..dah terlebih balik modal pun) ke RM300 Merck (besaq laa sikitkan..habuan dapat bonuih raya)
Adios!!
Wednesday, September 16, 2009
Contest Disini Kisah Coklat ku Bermula Result - Yeayy! Menang!
To hubby..yg mintak royalty sebab publish gambaq dia lam entry tu --> "nanti dapat cekelat ni kita kongsi naaa"..
Ni hadiah yg bakal ku dapat pas raya nanti..
Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate
Thanks to coklathalal sebab wat contest yg best nih...
Monday, September 14, 2009
Mr Asben Menang Contest!-- Yeay!!
Mr Asben memang layan mancing.. pagi2 nih dapat sms..
"Saya menang contest jejaka tampan".. hmm ingatkan palaa sangat kehenseman tu
rupanya contest gambaq mancing...kat SINI..
dapat first prize lagik..
Tahniah yer sayang.. dapat adiah tu kongsi la ekk..
sapa terrer..ikan apakah yang ensem itu? (tapi xdak adiah yer)
Thursday, September 10, 2009
Contest Jom Bermain Air - Yeayy!! Menang !!
Berita gembira lagi hari ni.. thx to Hanz sebab inform.. xprasan pun result dah keluar...
Xsangka betul n3 yg ku buat di SINI boleh menang.. yalahh..gambaq yg ku submit pun a bit blur..
Neway, tenkiu pada Kak Yong sebab mengorganizekan contest yg happening nih (banyak giloss penyertaan).. and tenkiu juga kepada juri2 yg baik hati membuat pernilaian..
nota kaki: syoq sangat arini..sampy bila pam susu dapat lebih dari biasa..hehhehe
Wednesday, September 9, 2009
My Rak Buku GiveAway Result - Yeay!! Menang!
Ni announcement from the she towkey...
"First of all, I nk ucapkan tq kepada yang sudi take part dalam giveaway ni..
Tuesday, September 8, 2009
MiLkShAkE KoRmA
Dah 2 hari berturut-turut ku wat air nih...
Ni sebab nak UP kan balik yield hasil tenusu ku yg makin lama... makin jatuh..
Dulu senang ja ku pam dapat 6-8oz, now nak dapat 4 oz pun bercinta.. huhuhu ku xsalahkan puasa..walaupun memang ada kaitannya..
Cara ku wat
- 10bijik korma Yusoff Taiyob dibuang bijiknya
- 1 cup of HL milk <-(dah jadi routine minum susu ni since pregnancy lagik)
Blend smpy korma hancoq.. pastu minum..
sedap..tp manis sangat..namun ku gagahi telan jua..
Kesannya..
Now adalaa sikit peningkatannya..tak banyak tp okaylaa..may be sebab baru setat kot..
Wat milkshake ni much better dari nak telan sampy 10bijik korma.. mau terkeluaq balik tu..
Try laa..
Monday, September 7, 2009
NuRsInG T-ShIrT to GiVeAwAy - The WiNnEr Is...
Sila e-mailkan alamat anda ke aroziyanna[at]teleflexmedical[dot]com untuk urusan penghantaran hadiah.
Terima kasih kepada semua yg sudi menyertai my small give away nih...
Salam
Rozy, Arry dan HadiffBolat
Friday, September 4, 2009
NuRsInG T-ShIrT to GiVeAwAy - CLOSED!
Dear Friends,
If you fit in these criteria, I would like to give you my only nursing shirt to you, (mylovelycloset). This t-shirt is in a good condition (baru pakai 2 kali kot). The reason to give away this shirt, is simply because I found this shirt is not convenient to me (but may be convenient to you).
So dari terperap lam almari, better bg kat orang kan..
Kriteria2nya:-
1- First and foremost, mestilah a breastfeeding mom.
2- Body build size must be L (sebab baju size L), but if you prefer to wear loose t-shirt, M size will also fit nicely.
Syarat2
1- You do not have to be my follower, kalau nak jadi..terima kasih.
2- You do not have to link my blog to yours, kalau nak link jugak, terima kasih.
3- You do not have to make any entry in your blog, just leave a comment that you are interested to have this t-shirt and make a simple slogan (hehehehhehee<-- cam jawap contest kat surat kabaq la plak)
"Saya tidak segan menyusu di tempat awam kerana ....................................................................."
Tidak ada limit patah perkataan.. ikut suka yer..
4- Tarikh tutup...adalah ANYTIME..
Kos penghantaran akan ditanggung oleh saya..pemenang juga akan dapat "surprise gift" dari saya..jeng..jeng..jeng..
So kalau berminat dan memenuhi criteria di atas..silalahh join yer...
Itu sahaja... Zillions thanks!!!
Adios!!!
regards
Rozy
Wednesday, September 2, 2009
Di Sini Kisah Coklatku Bermula
Contest coklat ini diorganize oleh syarikat pengeluar coklat halal bumiputera http://coklathalal.com. Hadiah yg ditawarkan memang nampak sedap-sedap belaka...
So ku pilih kategori 2 tuk contest submission kali nih.
Kisah yg nak ku paparkan kat sini adalah tentang DIA dan coklat pada saat kami mula berkenalan.
Pada tahun 2005, aku telah meregisterkan diri di satu forum outdoor yg terkenal untuk menyertai satu trip Mendaki Gunung Tahan. Dalam 10 trekkers yg menyertai trip itu, tiada seorang pun yg aku kenali tetapi ku tahu salah seorang hikers lelaki yang bernama “Hazari itu tinggal dekat dengan umah parents ku.
Sepanjang pendakian menyusuri trek Tahan, Hazari sentiasa di sisi, tambahan pula kami mempunyai trekking pace yg sama laju.. Sepanjang pendakian itu juga, coklat sentiasa di sisi kami. Hazari telah membawa sebundle coklat bar sebagai pelengkap ration, begitu jua aku, sudah menjadi kebiasaan membawa coklat, tapi coklat bar aku xleh challenge coklat bar Hazari yg lebih sedap (dan of course lebih mahal).
Sungguh kuat pengaruh coklat sepanjang pendakian kami, tika kami kelaparan sebelum tiba di kawasan perkhemahan, kami berdua akan berkongsi coklat.. coklat merupakan alas perut dan instant energy yang terbaik... tika kami kesejukkan dengan kedinginan angin gunung ataupun cabaran hujan yg mencurah-curah yang menyebabkan kami basah kuyup.. kami akan berkongsi coklat.. coklat mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memanaskan badan kami untuk meneruakan perjalanan..tika berkongsi pengalaman bergelak ketawa bersama rakan2 trekkers di bawah fly sheet, minuman coklat adalah pilihan. Coklat juga dikaitkan dengan MAKANAN KEJAYAAN apabila kami berjaya sampai ke puncak, mungkin kerana nilai tinggi coklat itu sendiri. Kami akan berkongsi coklat dengan semua ahli kumpulan sebagai tanda kesyukuran kami berjaya menakluki puncak gunung sambil menikmati permandangan yg begitu menakjubkan yg jelas menunjukkan kekuasaan Allah. Saat itu, terasa bahagianyaa hidup ini.
Setibanya kami semula ke Tamadun Manusia (dah keluar dari hutan ler tu), alangkah indahnya menikmati aiskrim berperisa coklat di tepi Sungai Pahang,
Ku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah membuka pintu hati kami menyertai trip ke Tahan ini.. Disinilah kami bertemu dan bermula detik bahagia yg menjodohkan kami. Perkongsian coklat sepanjang trip itu merapatkan hubungan kami..Ku rasa bibit cinta yg tercetus diantara kami mungkin disebabkan hormon cinta yg direleasekan sebab terlalu makan banyak coklat waktu itu.. coklatkan banyak dikaitkan dengan cinta..
Hingga hari ini, "Hazari (now my beloved Mr Asben) sentiasa mengingatkan ku membeli coklat (sebab my peberet) tiap kali kami ber marketing di pasar raya.. “Sayang, xmo cekelat?”..aku lak.."Mestilahh!!"
Stok coklat xpernah putus di dalam fridge dan di atas fridge.
Kami di puncak gunung
Ku tengah menikmati COKLAT KEJAYAAN ku..kuuusyukk masyuuukk
"Hazari (now my Mr Asben) captured the moment with his MAKANAN KEJAYAAN (SNIKERS)
Kalau dilihat dalam gambar diatas, jelas coklat kegemaran Mr Asben, dia prefer makan coklat bar yg heavy means ada caramel kacang segala... reason mengenyangkan.. kalau aku lak.. apa jenis coklat pun okay ok jaa.
So ini jerlah ceritera ku.. Hopefully adalaa kan can nak menang...