Semalam saya tengok berita tentang kaki seorang student lebam disepak guru disiplin gara-gara terlewat ke sekolah. Wahh..glamer budak tu kan siap masuk berita primetime lagi. Entahla, rasa macam manja sangat budak sekarang..kisah ibu bapa datang serang sekolah sebab kena denda dengan cikgu sekolah itu adalah kebiasaan.
Entahlaa nak sebelah mana.
Mesti ada sebab guru bertindak sedemikian
dan
Mesti ada sebab kenapa murid itu jadi begitu
Teringat kisah Mr A yang tiap kali saya terkenang, mesti tergenang air mata saya.
Teringat masa pertama kali Mr A cerita pada saya, tergenang air mata dia.
Cerita Mr A ditunjuk penumbuk oleh seorang guru gara-gara Mr A memohon untuk duduk di asrama sekolah.
Kenapa guru itu bertindak sedemikian?
-kerana jarak antara rumah Mr A hanya beberapa ratus meter dari sekolah.
Kenapa Mr A masih memohon?
-kerana Mr A mahu suasana belajar yang lebih baik kerana pada masa itu belum ada bekalan elektrik dirumahnya. Keluarga Mr A ketika itu agak susah.
Saya bukan menyebelahi Mr A kerana dia seorang yg rapat dengan saya. Kalau saya baca kisah ni di surat khabar pun sudah pastinya saya menyebelahinya. Tanpa bertanya sebab permohonan yang tidak lojik itu dibuat, guru itu boleh bertindak sedemikian. Ish..ish... patutkah? Apa pendapat semua? Itu baru permohonan, kalau dah tak bagi masuk janganla sampai tunjuk penumbuk. Walaupun dah hampir 20 tahun berlalu, kejadian itu masih menjadi kenangan sedih.
Tapi tak dinafikan
anak-anak zaman sekarang agak manja.
Baru dicubit, sudah heboh sedunia.
Ingat zaman saya dulu, cubit perut itu biasa saja. Kena cubit ada sebabnya. Kena tahu sebabnya baru dicubit. Kena pukul dengan pembaris kayu panjang pun biasa.
Tak pernah pulak terlintas dalam fikiran saya mahu mengadu pada abah saya.
Hmm..mungkin sebab abah saya garang, mungkin abah saya akan tambah lagi.
Owh, saya pun ada cerita sedih tentang guru, guru lukisan saya.
Saya bukan seorang pelukis, malah bukan dianugerahkan tangan seni.
Tapi kenyataan keluar dari guru lukisan ini, benar-benar buat saya sedih dan saya ingat sampai sekarang.
dengan menghentak meja dia berkata, "Awak ni memang gagal! Saya tak tahu apa nak jadi dengan awak nanti!".
jika saya boleh berjumpa dengan dia lagi, ingin saya katakan, " Cikgu, walaupun saya gagal dalam kelas lukisan cikgu, saya masih lagi boleh berjaya dalam hidup saya".
InsyaAllah bila anak-anak saya sudah bersekolah, saya tak kisah kalau mereka didenda. Tapi kenalah tahu apa sebabnya. Cikgu didiklah mereka dengan sebaiknya.
2 comments:
a-ah..cikgu dolu2, garang, kita takut nak meawan, kan..tapi itu yang buat kita jadi orang..tapi cikgu skarang kalu nak garang bertempatlah, jangan sampai mendera...
cikgu dulu garang2..ingat lagi kelas fizik tgktn 4..kecut perut dibuatnya..at last kuasa ALLAH sbb takut sgt kat dia..paper dia score A2..jadiler..mmg kira dashyat masa tuh!!
my hubby cikgu,selalu sy pesan didik anak org macam didik anak sndr,..
Post a Comment